Assalamualaikum wbt dan
selamat malam untuk pembaca dan pengunjung blog ini yang tidak seberapa
ini.Sila la ‘follow’ blog ini.
Hari ini nak update mengenai
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2012. Hanya entri ringkas, sekadar berkongsi maklumat. Berlangsung dari 13 Mei-16 Mei 2012.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim mengetuai Kembara Mahkota Johor. Program ini merupakan salah satu cara Tuanku Sultan dan keluarga diraja mendekati rakyat jelata.
Program
Kembara Mahkota Johor memberi peluang kepada Sultan Johor meninjau perkembangan
terkini rakyatnya di seluruh ceruk pelosok negeri.
Hari pertama(13.5.2012)
Kulaijaya, Kota Tinggi dan Mersing
Hari Kedua(14.5.2012)
Mersing, Kluang dan Segamat
Hari Ketiga(15.5.2012)
Segamat, Ledang dan Muar
Batu
Pahat, Pontian dan Johor Bahru
Pelancaran Kembara Mahkota
Johor(TMJ) di TJ Mart, Saleng, Kulaijaya. Bacaan doa keberangkatan
sebelum KMJ bermula. Pelancaran atau pelepasan Kembara Mahkota Johor
disempurnakan oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri yang tiba di Johor Baharu petang Sabtu turut melepaskan konvoi bermotosikal Kembara Mahkota Johor 2012 yang diketuai oleh Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris.
Sambil berseloroh, Perdana Menteri berkata, menaiki motorsikal besar bukanlah bidang kemahirannya dan oleh kerana itulah beliau telah mengarahkan dua menteri kabinetnya mengiringi Sultan Johor sepanjang konvoi Kembara itu.
Dua menteri kabinet terbabit, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyertai Kembara Mahkota Johor 2012.
No comments:
Post a Comment