Paparan

SPONSORED

Monday, May 14, 2012

Penyakit Tidak Berjangkit- Cegah Sebelum Kena


Selamat datang ke mari. Jom 'follow' blog ini.

Zaman sekarang ni, banyak betul la penyakit ni..kan. Dulu zaman lepas merdeka, tak macam-macam penyakit yang kita dengar. Zaman tu, teknologi perubatan dan rawatan masih belum secanggih sekarang yang boleh merawat penyakit yang dulunya membawa maut. Zaman sekarang, macam-macam ubat ada, rawatan-rawatan lagi la bermacam-macam sampaikan tak pernah dengar pun nama-nama rawatan tu.

Sebelum ni, dunia dikejutkan dengan wabak selesema burung. Haha burung pun ada mengidap selesema macam manusia ek? Lepas tu ada pulak selesema 'khinzir' atau b**i yang secara saintifiknya digelar H1N1. Takde ubat pun untuk merawat kedua-dua selesema ni yang boleh membawa maut jika tiada langkah pencegahan. Yang ada cuma, kerajaan beri suntikan vaksin dan kuarantin. Pernah dulu Naib Cancelor universiti tempat saya belajar dulu isytihar cuti seminggu untuk kawal wabak H1N1 ni. 

Artikel yang mahu dikongsikan hari ini ialah pasal penyakit tidak berjangkit. Penyakit tidak berjangkit tu macam mana? Itu penyakit yang tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain seperti obesiti, diabetis dan darah tinggi. Kalau selesema burung dan H1N1 tu boleh berjangkit kan kalau berada dekat-dekat dengan penghidap tu.

Penyakit tidak berjangkit nak senang faham, bila kita berada berhampiran orang yang menghidap darah tinggi, kita tidak dapat jangkitan darah tinggi cam tu la.


Diabetis atau bahasa mudahnya disebut kencing manis. Sintom-sintom diabetis, seperti yang dihuraikan dalam gambar diatas. Bukan main besarrrr lagi gambar tu. Selalu berasa penat, kerap buang air, luka lambat sembuh, selalu berasa lapar dan haus. Jadi berhati-hatilah, mengetahui sintom lebih awal lebih baik daripada dah terkena seperti peribahasa 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. 


Ini artikel daripada BERNAMA:

PUTRAJAYA: Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lepas mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia menghidap darah tinggi, 2.5 juta mengalami masalah obesiti dan 2.6 juta menghidap diabetes.


"Situasi NCD di negara ini amat merunsingkan. Apa yang membimbangkan ialahmasih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka telah menghidap NCD dan ramai lagi tidak sedar mengenai risiko penyakit ini dan menganggap ia perkara remeh," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Terdahulu itu, Dr Hasan merasmikan Kem Kesedaran Kesihatan (3K) anjuran Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini Ahad.

Tinjauan NHMS pada tahun lepas menunjukkan penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus berbanding 11.6 peratus pada tahun 2006, darah tinggi di kalangan dewasa berumur 30 tahun meningkat dari 32.2 peratus kepada 32.7 peratus bagi tempoh yang sama.

Tinjauan itu juga menunjukkan obesiti meningkat tiga kali ganda iaitu dari 4.4 peratus pada tahun 1996 kepada 15.1 peratus tahun lepas manakala kelaziman merokok turut meningkat kepada 24.7 peratus berbanding 21.5 peratus tempoh yang sama.

Dr Hasan berkata, kementerian mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kempen kesedaran di 88 lokasi di seluruh negara untuk memastikan rakyat mendapat pendedahan bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dihidapi.

Selain itu, beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan juga akan menjalankan aktiviti yang sama di lokasi terpilih untuk mendapatkan pendedahan dan rawatan awal.

Dr Hasan berkata, punca utama seseorang menghidap NCD ialah masyarakat kini mengamalkan amalan hidup dan pemakanan tidak sihat serta kurang bersenam.

Selain itu, beliau berkata, tinjauan NHMS mendapati ramai rakyat Malaysia tidak melakukan ujian saringan kesihatan secara berkala.

"Individu yang menghidap NCD tidak mengalami sebarang gejala dan kadang-kalaia hanya dapat dikesan selepas tujuh hingga 10 tahun.

"Sehubungan itu, kementerian menyarankan rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik," katanya. - BERNAMA


Apa yang ingin ditekankan dalam penulisan ini ialah, masyarakat mengamalkan amalan hidup dan pemakanan tidak sihat serta kurang bersenam. Kuantiti makanan yang dimakan bergantung kepada individu, lain individu lain la keperluan makanannya. Kalau kita makan banyak-banyak..bersenamlah banyak sikit..Badan kita nak guna lama kan..Saya 21 tahun, nak guna badan mungkin sampai umur 60-70-80 tahun. YANG PENTING, KENA MAINTAIN KESIHATAN, BUKAN TAK BOLEH MAKAN SEDAP-SEDAP, YANG PENTING KENA BERINGAT LAH. 

Penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti semakin meningkat penghidapnya. Contohlah kalau dihimpunkan 50 orang dalam satu masa, pastinya ada je orang yang menghidap penyakit tidak berjangkit.











No comments:

Post a Comment

SPONSORED