Kali ini nak berkongsi pasal air zam-zam.
Air zamzam adalah air yang mempunyai khasiat, keistimewaan
dan keutamaan yang besar, kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi
"pemimpin" segala air yang selainnya.
Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda
Baginda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud :
‘Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam’
Air zamzam adalah air yang digunakan untuk membasuh hati
Baginda yang paling mulia, Nabi Muhammad (s.a.w.). Hati Baginda, Nabi Allah
yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling mulia pula. Allah (SWT)
memberikan keistimewaan kepada air yang penuh keberkatan itu.
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa
lapar, maka Allah (SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita
meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan
memberikan penyembuhan terhadap penyakit tersebut. Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk
pelbagai keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut.
Hal ini bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah
(s..a.w.) dalam salah satu hadis yang bermaksud:
‘Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk
apa ia diminum’
Air
zamzam adalah air yang diberkati oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) menerusi
percampuran ludah Baginda (air liur) yang suci, hinggakan keberkatannya
berlipat-ganda. Baginda Rasulullah (s.a.w) telah pun berwuduk dengan air
zamzam. Baginda juga kerap mengambilnya sebagai miinuman. Kekerapan mengambil manfaat daripada air
zamzam adalah merupakan unsur-unsur keimanan dan petanda terbebasnya saseoranng
itu dari sifat-sifat munafik.
Memandangkan bahawa air zamzam mempunyai keistimewaan besar
dan mengandungi kebaikan, maka air zamzam merupakan hidangan dan pemberian yang
paling utama. Sebab itulah, Baginda
Rasulullah (s.a.w.) sentiasa memberikan air zamzam apabila Baginda ingin
menjamu hidangan kepada seseorang.
Baginda Rasulullah (s .a.w.) juga menjadikan air zamzam sebagai bekalan
ketika dalam perjalanan, membawanya ke pelbagai ceruk rantau. Aisyah (r.a.) juga membawa air zamzam dan
berkata bahawa Baginda Rasulullah (s.a.w) sentiasa membawanya. Jumlah air zamzam yang sangat banyak itu,
tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya tidak
akan habis selagi dunia ini belum berakhir.
Air zamzam merupakan salah satu daripada mata air syurga. Itulah sebabnya ianya mempunyai kelebihan,
kebaikan dan keberkatan.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi
menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif
membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga
lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam
magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada
air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah
yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya
sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya”
selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang
setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya,
air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi
gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa
saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar
sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan
maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau
meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu.
Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam
sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan
Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit
dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium
Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya
berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding
telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat
memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di
telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah
dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang
tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa
air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai
ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun
negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
No comments:
Post a Comment