Entri kali ini nak kongsi tentang 10 tabiat orang Malaysia yang tidak patut. Ini bermaksud tabiat2 yang tidak sepatutnya rakyat Malaysia lakukan, tetapi lakukan jugak.
1) pemanduan yang tidak berhemah dan tidak selamat.
Ia seperti mengubah lorong tanpa memberi signal dan membunyikan hon tidak sabar. Ramai yang aku lihat orang memandu bunyikan hon dan x sabar, nak bawak laju-laju..
2) tidak mematuhi papan tanda lalu lintas. Papan tanda tidak membenarkan meletakkan kenderaan tetapi masih letak gak kereta kat situ. Signboard kat LRT tak kasi makan dalam LRT, orang tetap buat gak. Kawasan larangan merokok tetapi hisap gak rokok.
4) tidak bagi tempat duduk kepada yang lebih memerlukan. Golongan-golongan yang lebih memerlukan tempat duduk seperti inu mengandung dan orang lebih tua. Ada iklan tv yang ada orang buat-buat tido bila ada orang mengandung kat LRT.
5) tidak utamakan orang yang nak keluar pengangkutan awam sebelum nak masuk ke pengangkutan awam seperti bas dan LRT. Sepatutnya bila naik LRT contohnya, utamakan lah orang yang nak keluar, lepas tu barulah naik LRT tu. Kurang la sesaknya kalau semua orang beri kerjasama. Sekarang ni aku lihat rakyat Malaysia dah faham dan utamakan yang nak keluar dulu. Bagus.
Ni beratur ke..malas nak naik tangga.. |
7) tidak menahan pintu lif yang dibuka untuk orang yang nak masuk/keluar selepas tu. Maksudnya bila dalam lif, dah nampak orang nak masuk lif tu tolonglah tahan pintu lif tu daripada tutup. Ni tak, buat tak tau je.
8) tidak mengucapkan terima kasih bila orang lain berbudi. Selalu macam ni, bukan kena bayar pun kalau ucapkan 'terima kasih'.
9) amalan yang tidak bertimbang rasa. Biasanya ramai yang tinggalkan troli selepas membeli belah kat parking lot. Ini mengganggu orang lain yang nak meletakkan kenderaan.
Ramai yang mencangkukg kat atas mangkuk tandas(jamban duduk). Kalau nak ccanggung, guna la tandas cangkung. Bahaya tau buat camtu.
Selain itu, mengotorkan tandas awam. Contengan mesti ada di mana-mana tandas awam. Agaknya tandas kat rumah sendiri pun conteng x?
10) datang lambat. Yang ni memang menjadi asam garam kehidupan. Janji pukul 10 sampai, pukul 10 baru lah nak gerak.
Ada lagi tak?hihi
No comments:
Post a Comment