Paparan

SPONSORED

Wednesday, July 25, 2012

KFC gaji termahal

Salam Ramadan Al-Mubarak.Hari ke lima berpuasa..Alhamdulillah..

KFC gaji termahal??apa maksudnya?

KFC merujuk kepada Khairul Fahmi Che Mat- pemnjaga gol negara. KFC dikaitkan dengan beliau oleh ramai orang sebab akronim nama beliau..bukan Kentucky Fried Chicken..


Khairul Fahmi Che Mat siapa yang tak kenal..penjaga gol Kelantan dan skuad Kebangsaan.Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan. “Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.”

Sebelum ini, desas desus mengatakan bahawa KFC akan berhijrah ke pasukan bola sepak lain. Namun penjaga gol utama kebangsaan itu memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Sekarang ni pasukan bola sepak Kelantan (kafa) antara pasukan bola sepak terkaya di Malaysia. Manakan tidak, setiap kali perlawanan stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong mereka. Kelantan juga sejak akhir-akhir ini sering menang pelbagai kemenangan yang menawarkan habuan wang tunai yang banyak untuk pemenang. 

Baru-baru ni, Khairul Fahmi Che Mat muncul di televisyen untuk iklan minuman isotonik100 Plus. Makin masyuk beliau ni..Semoga terus sukses.

Diolah dari : KL today


No comments:

Post a Comment

SPONSORED