Paparan

SPONSORED

Monday, July 16, 2012

Tahniah! Anda Penentu Masa Depan Keluarga, Masyarakat dan Negara

Baru-baru ini ramai kawan-kawan lepasan STPM/setaraf mendapat keputusan kemasukan ke IPTA. Syabas dan gunakan peluang yang dapat ini untuk meningkatkan diri.



Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 16 Julai 2012. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempaoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2012. Pengesahan setuju terima tawaran boleh dicetak melalui Laman Web IPTA seperti yang dinyatakan di Portal. ( Portal UPU: http://upu.mohe.gov.my/)

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sejumlah 63,467 calon lepasan STPM/Setaraf telah mengemukakan permohonan pada sesi ini. Ia menunjukkan penurunan 1.9 % berbanding sesi lepas. Seramai 27,289 (43.0%) calon memohon adalah daripada aliran Sains dan 36,178 (57.0%) adalah daripada aliran Sastera. Sementara itu, 21,336 (33.6%) calon adalah lelaki dan 42,131 (66.4%) calon adalah perempuan.

Berdasarkan permohonan, seramai 52,430 (82.6%) adalah calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. Ia juga menunjukkan penurunan 1.5% berbanding sesi yang lepas. Sejumlah 38,549 daripada calon yang layak telah berjaya mendapat tawaran di IPTA, iaitu 13,177 ialah lelaki dan 25,372 ialah calon perempuan.

KPT juga memaklumkan bahawa Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Portal UPU mulai 13 Julai 2012 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenar mengemukakan rayuan melalui aplikasi ini dalam tempoh 10 hari. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan pada 22 Julai 2012.

Semua pelajar baru akan mula mendaftar di IPTA masing-masing pada 1 hingga 2 September 2012.

Sumber: mohe.gov



No comments:

Post a Comment

SPONSORED