Paparan

SPONSORED

Monday, June 4, 2012

Dobi Layan Diri Sebagai Alternatif Kepada Dobi Layan Penuh.

Assalamualaikum dan selamat datang. Sila la 'follow' blog ini yang masih mentah ini.

Cerita kali ini pasal Kedai Dobi. Wah, kenapa pasal kedai dobi lak? Kedai dobi sememangnya memudahkan kita untuk mencuci ni, lagi-lagi cuciannya banyak, cucian yang payah macam langsir ataupun kat rumah tiada mesin basuh. 

Biasanya bila hantar pakaian yang nak dicuci ke dobi, pekedai dobi tu akan menguruskan segalanya mengikut permintaan para pelanggannya. Itu kebiasaannya la. Tapi kat sini nak cerita pasal dobi layan diri.

Pernah dengar pasal dobi layan diri?

Layan diri, macam kat stesen minyak. Kita bayar harga minyak lepas itu isi sendiri. Begitu juga la pasal dobi layan diri ni. Basuh sendiri, asalkan duitnya ada. 

Mesin-mesin menggunakan syiling. Masalah x nak cari syiling untuk RM 3? Kedai dobi yang saya lihat baru2 ni ada mesin penukar syiling. Tak pernah lihat, ni yang rasa jakun sikit ni. 
mesin pencuci. RM 3


Dobi layan diri mulanya tidaklah begitu popular kerana kebiasaannya pelanggan mahukan pakaian mereka dibasuh oleh orang lain, jimatkan tenaga dan memudahkan mereka. Tidak banyak kedai dobi layan diri wujud di sesuatu kawasan. Semasa saya di UiTM Shah Alam dahulu, kedai dobi layan diri baru sahaja wujud satu, itupun punyalah rajin promosi sebab benda ini masih baru dan kelihatan pelik. 

Lama kelamaan, sambutan terhadap kedai dobi layan diri yang satu itu amat menggalakkan. Mula lah bertambah kedai dobi layan diri. Lihat sahaja di pusat komersial Seksyen 7 Shah Alam, sampaikan tidak tahu nak pilih kedai dobi layan diri yang mana satu.

Saya berpendapat, kedai dobi layan diri begitu popular untuk golongan pelajar yang menyewa rumah tanpa mesin basuh. Kalau nak sewa rumah siap dengan kelengkapan sewa rumah, sewa rumah menjadi lebih mahal. Untuk kawasan luar dari tumpuan, kedai dobi layan diri tidaklah begitu popular lebih lebih lagi luar lembah klang.

Mesin pengering. RM 3 gak.
Jika dibandingkan dengan kedai dobi layan penuh, kedai dobi layan diri lebih murah kerana pelanggan mendobi pakaian mereka sendiri, dengan sabun sendiri dan tidak perlu bayar upah pekerja kedai dobi.

Harga perkhidmatan bergantung kepada sesebuah kedai dobi layan diri itu sendiri kerana berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain.

Kemudahan-kemudahan di kedai dobi layan diri meningkatkan persaingan antara mereka. Sabun dan pewangi pakaian ada dijual bagi sesiapa yang tidak membawa atau terlupa bawa. Saya berpendapat anda seharusnya bawak sabun dan pelembut sendiri kerana lebih puas hati dan sudah tentunya lebih menjimatkan. 

Bahan-bahan bacaan seperti pelbagai jenis majalah ada disediakan bagi menarik pelanggan. Televisyen boleh dikatakan wajib bagi setiap kedai dobi layan diri kerana bagi mengurangkan pelanggan berada dalam keadaan bosan sementara menunggu cucian dan keringan siap. Biasanya pelanggan mengambil masa dalam lebih kurang sejam atau lebih, bergantung kepada kepantasan pelanggan menguruskan pakaian-pakaian mereka dan kekosongan mesin--mesin basuh dan pengering..manalah tahu ramai la pula.


Kalau tak de syiling, boleh pecahkan 

Bagi sesiapa yang risau tiada wang kecil disebabkan mesin-mesin basuh dan pengering memerlukan wang syiling..kedai dobi layan diri ada mesin tukaran wang syiling. Haha masa pertama kali saya agak jakun.

Haus? Ada mesin air. Air tin RM 1 je.


Yang menariknya, kedai dobi layan diri beroperasi 24 jam. Ini memberi kelebihan kepada kedai dobi layan diri kerana waktu operasi kedai dobi layan penuh bukan lah 24 jam. kamera litar tertutup CCTV juga dipasang untuk keselamatan kedai dan pelanggan. Saya pernah beberapa kali ke kedai dobi pada lewat malam dan saya dapati ada sahaja pelanggan di kedai dobi. 

2 comments:

SPONSORED