Paparan

SPONSORED

Tuesday, August 14, 2012

Jenis dan Ciri Sistem Pertanian di Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..

Kali ini,entri operkongsian berilmiah sedikit untuk anda.


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi pertanian di sesuatu kawasan:
  1. Muka bumi - rupa bentuk mukabumi yang pelbagai seperti tanah pamah beralun, berbukit-bukau, tanah tinggi berlembangan.
  2. Jenis Tanih - laterait, gambut, lanar sungai, dan mempunyai saliran yang baik.
  3. Iklim - panas lembab (purata suhu tahunan 27 darjah Celcius, hujan tahunan 2,500 mm.
  4. Kepentingan - beras sebagai makan ruji, tanaman getah, kelapa sawit, koko, dan kopi sebagai tanaman dagangan.
  5. Sejarah - penjajah yang mula membawa masuk jenis tanaman tersebut.
  6. Teknlogi - penghasilan tinggi berdasarkan kepada baka dan teknik pengeluaran.
  7. Pasaran - bergantung kepada permintaan tempatan dan antarabangsa.
  8. Keperluan - penyumbang ekonomi negara dari segi guna tenaga dan hasil eksport


Secara umumnya terdapat 3 jenis sistem pertanian di Malaysia, iaitu:
  1. Sistem pertanian pindah
  2. Sistem pertanian kebun kecil/  sara diri
  3. Sistem perladangan


Sistem Pertanian Pindah
  • Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah. Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia.
  • Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.  Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri dan diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
  • Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yangtelah ditinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar.

Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri
pertanian kebun kecil
  • Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
  • Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional. Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.
  • Daya pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik, penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah. 

Pertanian Ladang
  • Keluasannya melebihi 40 hektar.  Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar kerana melibatkan kos pengurusan yang tinggi dan  menggunakan modal yang besar. 
  • Biasanya ia melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji.
    pertanian ladang
  • Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan kebanyakannya diekspot.

p/s:
sumber: pelbagai

No comments:

Post a Comment

SPONSORED