Paparan

SPONSORED

Tuesday, August 14, 2012

Pemanasan Global

Salam buat semua.


Apa itu pemanasan global?

Keadaan suhu bumi meningkat secara berterusan.



Punca pemanasan global:


#Penerokaan kawasan hutan secara berleluasa
Banyak pokok ditebang untuk aktiviti-aktiviti pembangunan dan penerokaan sumber galian seperti bijih timah, emas dan sebagainya. Oleh itu, fungsi pokok sebagai penstabil ekosistem turut terjejas. Ini mengurangkan penghasilan oksigen daripada pokok dan meningkatkan gas karbon dioksida. Kesannya, gas karbon dioksida meningkat mendorong pemanasan global.

#Kegiatan pembakaran terbuka.
Banyak petani secara tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka untuk melupuskan sisa-sisa pertanian. Pembakaran terbuka mendorong penghasilan gas karbon dioksida yang menyebabkan peningkatan suhu bumi. Pembakaran bahan api daripada kenderaan turut menyumbang pemanasan global.


Kesan pemanasan global:

#Kenaikan aras laut
Peningkatan suhu bumi menyebabkan kecairan bongkah ais di kurub utara dan selatan. Kesannya, sering berlaku kejadian banjir di mana-mana menggugat kehidupan manusia. Banjir membawa penyakit seperti cirit-birit, penyakit kulit dan seumpamanya. Banjir juga meragut nyawa seperti mati lemas dan dihanyutkan arus banjir. Tanaman-tanaman sumber makanan musnah kerana banjir.

#Menjejaskan kesihatan manusia.
Manusia berasa tidak selesa berikutan peningkatan suhu. Fenomena ini turut mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berlaku mutasi dalam sistem kromosom manusia. Contoh kesan mutasi kromosom ialah Sindrom Down.

Kesimpulan:
Pemanasan global beri kesan negatif kepada hidupan.Usaha-usaha wajar diambil bagi membandung kesan pemanasan global.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED