Salam hujung minggu.
Semalam selesainya perlawanan akhir piala Malaysia antara ATM dan Kelantan. Permainan yang menarik.Syabas kepada Kelantan atas kemenangan 3-2. Tahniah juga kepada ATM,walaupun tidak menang namun prestasi anda semenjak akhir-akhir ini sungguh bagus.
Ok berbalik semula kepada topik entri. Apa yang anda dapat simpulkan dengan gambar Bill Gates di bawah?
Siapa yang tak kenal Bill Gates kan..antara insan terkaya di muka bumi ini.
Berbalik kepada persoalan, apa yang anda dapat simpulkan daripada gambar di atas?
Bill Gates mahu kumpul duit nak beli Lamborghini..Sepanjang anda 'scroll down', Bill Gates sedang mengumpulkan berjuta-juta dolar.Lihat, jutawan pun kena kumpulkan duit nak beli apa yang mereka nak. Cuma yang membezakannya adalah berapa lama mereka dapat kumpulkan duit & berapa banyak mereka dapat kumpulkan duit.
Sebagai orang biasa, sudah tentulah tidak mampu kumpul duit berjuta-juta dan dalam masa yang singkat. Tetapi kita juga boleh mengambil pengajaran daripada Bill Gates dengan berusaha mengumpul dan menyimpan duit untuk mencapai target dan apa yang kita inginkan.
Sebagai contoh, anda ingin membeli Samsung Galaxy S3 yang terbaru di pasaran. Caranya anda kena la usaha dengan simpan dan kumpul duit bak kata pepatah "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Selain itu jangan boros dalam perbelanjaan. Bayangkan anda akan dapat apa yang anda mahukan, boleh jadi pendorong anda.
Saya memberi contoh Galaxy s3 sebab itu masih mudah dicapai, takkan lah saya nak kasi contoh nak beli Lamborghini pulak kan..Berapa ramai je orang Malaysia ada Lamborghini kan.
Benarkah ini Lamborghini milik Yusri KRU? |
Apabila anda dapat memiliki sesuata melalui usaha sendiri, pastinya 'sangat manis' perasaan nya.
Di mana ada kemahuan disitu ada 'highway'.
Salam berjaya
No comments:
Post a Comment