Paparan

SPONSORED

Monday, October 1, 2012

Bajet 2013: Antara Isu menarik..

Salam buat semua.

Jumaat lalu, Perdana Menteri selaku menteri kewangan telah membentangkan Bajet 2013. Secara langsung disiarkan di kebanyakan saluran tv ke seluruh negara.

Bajet kali ini saya lihat agak menarik:

*Baucar buku 1 Malaysia
Kerajaan meneruskan pemberian baucar buku 1 Malaysia. Kali ini RM250 berbanding RM 200 sebelum ini. Sebagai mahasiswa, saya amat suka kerana almaklumlah buku-buku akademik sememangnya mahal.

*Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Rm 500 seperti BR1M terdahulu. Tetapi kali ini tambahan RM250 untuk bujang 21 tahun dan keatas yang berpendapatan tidak lebih daripada RM 2000 sebulan. Akhbar hari ini melaporkan siswa berumur 21 tahuin dan keatas juga layak dapat RM 250.
Lantas Kementerian Kewangan pun membetulkan keadaan seperti dalan akhbar di bawah.


*Bantuan Persekolahan RM 100
Kerajaan meneruskan pemberian.

*Bonus 1 bulan setengah untuk kakitangan awam.
Bonus setengah bulan telah pun dapat oleh penjawat awam menjelang Aidilfitri baru-baru ini. Bonus sebulan diberi separuh untuk bulan Disember dan separuh lagi untuk bulan Januari tahun depan.

*Rebat pembelian teleon pintar 3G
Golongan belia umur 21-30 tahun mendapat manfaat ini. Rebat RM 200 pembelian telefon pintar 3G.

* Pengurangan subsidi gula
Walaupun Bajet 2013 menawarkan pemberian  kepada rakyat seperti bantuan rakyat 1 Malaysia, namun kerajaan mengurangkan subsidi gula sebanyak  20 sen. Dahulunya harga gula RM 2.30 meningkat kepada RM 2.50.

Ini antara isu menarik mengenai Bajet 2013.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED