Paparan

SPONSORED

Sunday, November 18, 2012

Kisah ku di Terengganu

Salam buat semua.

Hari ini cuti Deepavali 2012. Selamat hari Deepavali kepada mereka yang menyambutnya.



Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Terenganu. Sudah tentunya banyak promosi untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri yang terkenal kerana penyu dan keropok lekor. Tak beli keropok lekor memang tak sah gi Terengganu.

Dalam seminggu yang lepas saya berpeluang ke Terengganu di bawah trip anjuran kelab dalaman fakulti. Trip berlangsung selama 2 hari satu malam. Macam-macam tentatif sama ada nak 2 malam atau pun 1 malam. Akhirnya dapat bermalam 1 malam je disebabkan ada aktiviti sehari sebelum trip tu.

Trip tu memang best, tapi yang kurang bestnya, hanya satu malam je.

Bas bertolak dari kampus pada jam 6.30 pagi Sabtu 10 November 2012. Sebenarnya jangkakan bas nak gerak pukul 6 pagi. Jadi malam sebelum nak bertolak memang tak tido, takut nanti bangun terlajak sampai pukul 9-10 pagi. Last-last tido gak kul 4 pagi sebelum kawan telefon kul 5 pagi. Saya ingatkan dah ramai berkumpul sebab mungkin saya agak lewat, rupa-rupanya saya antara 4 yang terawal berkumpul.

Perjalanan mengambil masa dalam 7 jam termasuklah berhenti di R&R. Pengalaman pertama melalui Lebuhraya Pantai Timur. Highway agak berliku lebih-lebih lagi kat area Karak.

Lebuhraya Pantai Timur. Persimpangan Genting Highlands. Sem depan ke sana pulak under trip sendiri

Trip terus ke Ibu negeri Terengganu, pertamanya melawat Noor Arfa batik. Tak de apa yang dibeli melainkan makanan tengah hari. Kalau saya ni gugurl/ perempuan tentulah tertarik nak membeli. Lagipun dah pernah datang dah.


Seterusnya ke Pasar Payang dan kawasan sekitarnya. Pasar Payang antara tempat wajib jika datang ke Kuala Terengganu. Sebelum-sebelum ni, memang teruja nak shopping kat pasar payang, tapi kali ni tak. Bila kat pasar payang, boleh lawat kawasan bandar. Antara tempat terdekat ialah Istana Maziah dan  Dataran Shahbandar. Bandar Kuala Terengganu pada umumnya bukanlah bandar yang ada banyak bangunan-banguna n tinggi seperti Penang dan J.B, tapi bandar yang agak santai dan tenang untuk bersiar siar. Datarannya menghadap sungai dan bandarnya dekat dangam laut.


pasar payang
Puas gak kat K.T. Malam dalam kul 9 malam tiba kat Bandar Dungun makan malam. Agak annoyed bila kedai makan tu lambat sediakan makanan. Kami ke UiTM Dungun untuk check-in tempat tidur. Overall UiTM Dungun agak luas. Kolej nya pun besar. Pintu masuk utama menghadap laut. Pukul 12 malam ramai dah mula tidur,esok nak keluar pukul 7 pagi untuk agenda seterusnya. Maklum la penat berjalan seharian.

Pagi-pagi lagi bertolak ke Pulau Kapas melalui jeti Mandar Marang. Ini antara agenda terbesar lawatan kali ini. Snorkeling!! Tak jauh Pulau Kapas dengan tanah besar. Dari Pulau Kapas leh nampak Bandar Kuala Terengganu. Pulau Kapas memang sesuai untuk aktiviti snorkeling kerana terumbu karangnya sangat  cantik!!Subhanallah..
Selamat tinggal Pulau Kapas

Menjelang hampir petang, ke Rantau Abang. Rantau Abang ada  apa? Tentunya Penyu..seperti lagu Iklim, Terengganu Kita~.
model penetasan telur penyu

jenis-jenis telur penyu

Bermula bertolak pulang ke Shah Alam pukul 5 petang sebab perjalanan memakan masa 7 jam termasuk berhenti kar R&R. Sampai pukul 12.30pagi,esoknya ada kelas memang penat. Sampai bilik terus terjah katil.

Itulah corat coret pasal trip ku ke Terengganu...

No comments:

Post a Comment

SPONSORED