Paparan

SPONSORED

Sunday, December 2, 2012

Amalan Mesra Alam di Rumah

Salam buat semua.

Semakin hari, kesedaran tentang isu alam sekitar semakin meningkat. Tahniah..

Ini merupakan BAHAGIAN PERTAMA untuk AMALAN MESRA ALAM. Kali ini fokus kepada amalan mesra alam di rumah.

1) Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Ini kerana kain boleh diguna semula berbanding menggunakan tisu.

2) Gunakan semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang

3) Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya & tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan dapat menjimatkan tenaga sehingga 70%.

4) Guna semula beg plastik membeli belah untuk mengisi barang buangan.

5)Jadikan bahan buangan organik sebagai baja yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindar serangga perosak.

6) Kumpulkan kertas, surat khabar dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, yang tidak digunakan ke pusat kitar semula.

7) Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan boleh dikumpulkan dan diguna semula untuk mencuci lantai atau tandas.

8) Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi di dalam baldi untuk mencuci kereta.

9) Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25%-50% penggunaan air.
10) Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.

11) Pasangkan sistem 2 curahan pada tangki pam tandas. Jika dibandingkan dengan sistem 1 curahan, sistem 2 curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.
tandas 2 curahan
12)Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi guna air takungan/kolah. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga.

13) Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

14) Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

15)Jimatkan tenaga dan lindungi penghilatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar kecerahan cahaya skrin tv. Apabila kadar kecerahan cahaya skrin tv terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat tv juga akan berkurang.

16) Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak selepas menggunakannya. TV yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan 'standby mode' selama 21 jam akan menggunakan elektrik sehingga 40% tenaga dalam keadaan 'standby mode'.

17)Tempatkan peti sejuk jauh dari drpd sumber haba kerana ia menggunakan lebih banyak ten aga. Sekiranya diletakkan daial bilik bersuhu 30 - 35 degree celciu, tenaga yang digunakan hampir 2 kali ganda dan meningkatkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 160 kg setahun.

18) Gunakan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat (CFL). Mentol berpendaflour padat dapa menjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.

19) Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.



20) Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.

21) Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai  atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

22) Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.

23) Sokonglah dan bantulah program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

24) Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yg diperlukan oleh mesin basuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 7000 paun karbon dioksoda (CO2) dalam tempoh 6 bulan.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar (JAS)

No comments:

Post a Comment

SPONSORED