Paparan

SPONSORED

Saturday, March 9, 2013

Makluman berkenaan Penyakit Tibi



Tibi merupakan sejens penyakit berjangkit yang merbahaya, boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Tibi disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain dalam badan seperti:

-Otak

- Tulang

-Kelenjar

-buah pinggang

-kulit.

















Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-paru:

-Batuk berterusan lebih dari 2 minggu

-Kahak yang mengandungi darah

-Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam

-Susut berat badan dan hilang selera makan

-Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

-Mudah letih


Cara Jangkitan:

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.


Cara Mengesan Tibi:

-Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,

-Menjalani pemeriksaan x-ray


Pencegahan Tibi:

Dapatkan suntikan BCG bagi

          -Bayi yang baru lahir

          -Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan.

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.

Ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan.


Nasihat Am:

-Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi

-Pastikan rumah mendaat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap

-Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang



p/s: Entri ini diperoleh daripada sumber Kementerian Kesihatan Malaysia


No comments:

Post a Comment

SPONSORED