Perkongsian tragedi Lahad Datu
9 Februari - Kumpulan
penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul
secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian
daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu
malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki
berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tanduo.
12 Februari - Kumpulan
itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan
sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi
atau dikenali Mad bon.
14 Februari - Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan
yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan
tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
1 Feb - Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga
Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris
berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan
terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan
mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan
dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang
terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari - Laporan
memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia
Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan
tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu
tanah di Sabah.
16 Februari - Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut
bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan
Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu
dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah
dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia
di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari -
Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat
dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara
diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari - Kerajaan
Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang
kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad
Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari - Tempoh
pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan
penceroboh itu.
28 Februari - Kerajaan
Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram
III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah
yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut
disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya
boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17,
Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran
tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh
ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo,
menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh
bersenjata terbunuh.
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment