Entri
kali ini berkenaan perkongsian kepentingan hutan. Bagi yang mencari jawapan apakah
kepentingan hutan, entri ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada jawapan anda :)
Hutan
dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan. Dengan ini, kita dapat
menggunakannya dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti memcuci, memasak
dan lain-lain. Air adalah nadi kehidupan. Bayangkanlah jikalau hidup tanpa air.
Ok lah bayangkan jika sehari tiada air, apa kita rasa? Busuk kan kita sebab tak
dapat mandi. Air penting untuk tubuh badan. Pastinya semua orang tahu kepentingan
minum air masak. Kesimpulannya, hutan tiada, air pun tiada. Oleh sebab itu,
hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi.
Selain
itu, hutan juga menjadi kawasan mainan fauna di muka bumi ini. Sering kita
dengar istilah flora dan fauna kan. Bagi yang tidak tahu maksud kedua-dua
perkataan itu, flora ialah tumbuh-tumbuhan dan fauna ialah haiwan dari bahasa
mudahnya. Hutan yang berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna, hutan
dapat menyelamatkan flora dan fauna. Hutan merupakan tempat tinggal bagi
haiwan-haiwan. Seringkali kita melihat berita, harimau atau gajah sesat di kampong.
Sebab kan apa? Hutan yang menjadi tempat tinggal mereka makin pupus/kurang,
kemana lagi mereka mahu tinggal. Hal ini
demikian kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan hutan.
Sementara
itu, hutan juga dapat memainkan peranan sebagai pengawal pemanasan global.
Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap manusia yang tidak cinta
akan alam sekitar. Pernah kah ke hutan simpan atau taman Negara? Terasa sejuk
dan nyaman kan. Oleh hal yang demikian,
tahap kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas.
Tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan.
Tumbuh-tumbuhan pula memerlukan karbon dioksida untuk proses membuat makanan.
Hutan
ialah tempat manusia mencari rezeki, terutamanya Orang Asli. Orang Asli yang tinggal di hutan mencari kayu
kayan dan kayu api untuk dijual. Hutan membekalkan sumber makanan. Hasil hutan
seperti herba dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan. Diharapkan
amalan perubatan tradisional dapat diperkembangkan jika hutan dijaga dengan
baik.
Hutan
membekalkan hasil balak. Hasil balak menyumbang kepada ekonomi dan peluang
pekerjaan. Malaysia merupakan pembekal kayu-kayan kepada negara luar seperti
Jepun. Eksport balak menyumbang kepada hasil cukai kerajaan, yang digunakan
untuk pembangunan infrastruktur awam dan pembayaran gaji-gaji kakitangan awam.
Hutan menjadi daya tarikan sesebuah negara.
Pelancong-pelancong asing datang ke Malaysia yang sememangnya terkenal dengan
hutan hujan tropika. Mereka ingin merasai keindahan hutan kerana di tempat
mereka hutannta tidak sehebat dan seindah Malaysia. Pecinta alam sememangnya
suka datang ke hutan untuk berinteraksi dengan alam semula jadi. Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan
kemudahan rekreasi hutan ini. Pewartaan hutan sebagai hutan simpan menjadikan
hutan terpelihara dan dijadikan kawasan rekreasi. Pelancongan
meningkatkan imej dan ekonomi negara.
Jelaslah
bahawa hutan sangat penting untuk keseimbangan ekosistem. Jangan lah kita hanya
memikirkan keuntungan yang sementara ini tanpa mempedulikan pemeliharaan dan
pemmuliharaan hutan.
No comments:
Post a Comment