Paparan

SPONSORED

Friday, July 19, 2013

Alvin, Vivian & Bak Kut Teh

Salam Ramadan untuk semua.!10 Ramadan hari ini, terawih hari ke 11.

Mutakhir ini  heboh mengenai benda alah bawah ni.



Pembaca boleh menilai sendiri apa di atas itu.

Gambar ini menimbulkan kontroversi kerana meletakkan logo halal pada gambar Bak Kut Teh. Ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti penganut beragama Islam. Tambahan pula, bulan suci umat Islam.

SKMM telah memanggil pasangan ini untuk merakamkan kenyataan dan membantu siasatan.

Pasangan terbabit hadapi 3 tuduhan menghina Islam.

1) Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".

Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

2) Tuduhan kedua mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

3) Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan ikat jamin dan mereka terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga kes dibicarakan. Alvin di Penjara Sungai Buluh manakala Vivian di penjara Kajang. 23 Ogos ditetapkan untuk sebutan kes.




No comments:

Post a Comment

SPONSORED