Paparan

SPONSORED

Thursday, June 20, 2013

Bacaan IPU Jerebu Naik Mendadak

Entri hari ini, 20 Jun 2013. Ini merupakan entri kedua berkenaan tajuk JEREBU.

Entri saya semalam, mengenai apa tindakan yang boleh anda semua ambil semasa jerebu dan kesan jerebu terhadap kesihatan.


jerebu di Muar

Hari ini khususnya di Johor melaporkan masalah jerebu yang lebih teruk berbanding kawasan lain. Kawasan yang ketara akibat jerebu ialah di Muar, Gelang Patah, Nusajaya, Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang.


batu pahat
Sehingga jam 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar naik mendadak kepada 383 berbanding 337 pada jam 7 pagi tadi diikuti Kota Tinggi dengan 232 berbanding 221 awal pagi tadi. 

3 negeri diisytihar kawasan larangan pembakaran terbuka iaitu 

Selangor, Melaka dan Johor  mengikut Seksyen 29AA (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 2001, kecuali pembakaran mayat dan keagamaan, berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Pelajaran Muar hari ini telah mengeluarkan pekeliling penutupan semua sekolah rendah dan menengah selama dua hari berikutan bacaan IPU mencapai tahap bahaya.


Bandaraya Johor Bahru 1.45PM. Thanks kepada pemilik gambar ini.

Kerajaan Johor mengaktifkan bilik gerakan di beberapa daerah apabila Indeks Pencemaran Udara(IPU) melebihi 200 bagi mengawasi masalah jerebu yang semakin membimbangkan melanda negeri itu.  

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan, berkata mereka yang ingkar dengan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan, berkata mereka yang ingkar dengan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Orang ramai boleh melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau 03–8888 0336 atau JAS di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Punca kemerosotan kualiti udara masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan dijangka berterusan sehingga September.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED