Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidifitri.
Sudah banyak duit raya dikumpul?
Entri kali ini mengenai minyak gamat. Saya tertarik nak menulis mengenainya kerana semenjak kecil, saya guna minyak gamat untuk sakit dan luka-luka kecil. Masa kecil- kecil dulu, saya sering luka. Banyak sebab saya luka dan antara sebab terbesarnya ialah jatuh daripada basikal. Sakit woo jatuh basikal.. Ianya berkesan kan? Tak perlu pergi klinik kat Bandar sana, jimat masa dan ongkos.
Dulu saya sangkakan gamat adalah sejenis tumbuhan. Jangan la gelak, itu zaman sekolah dulu la. Gamat adalah binatang invertebrata, pemakan makanan organic yang hidup di dasar laut, memiliki keistimewaan meregenerasi sel paling cepat. Jika gamat itu dipotong-potong, gamat akan segera sembuh hanya dalam tempoh 2 jam, masing-masing potongan gamat akan menjadi binatang sendiri-sendiri.
Gamat banyak terdapat di Langkawi. Banyak kedai di sana menjual minyak gamat dan menjadikannya sebagai produk pelancongan Langkawi. Tahun lepas saya ke Pulau Kapas Terengganu pun saya ada Nampak gamat kat dasar lautnya.
Nenek moyang terdahulu telah lama menggunakan gamat untuk meningkatkan kesihatan badan, menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi.
Kajian-kajian para saintis lain berjaya membuktikan gamat sebagai penawar alternatif kepada ubat-ubatan pada masa akan datang.
Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolesterol. Mengandungi lebih daripada 50 jenis nutrients seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin vanadium, zink, kalium, krominium, asid benzoid, kondrotin sulfat dan asid mukopoliakarida. Wah begitu banyak kan nutrients dalam gamat.
Selain itu, ia juga kaya dengan growth factor yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak. Kolagen di dalam gamat adalah tinggi sebanyak 92% untuk memerangi kesan penuaan dan kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia.
Kerana khasiat gamat, banyak produk perubatan dan kecantikan berasaskan gamat.
No comments:
Post a Comment