Saya tertarik dengan isu pelancaran model terbaru Proton Suprima S. Dilancarkan pada Sabtu 17 Ogos 2013.
Secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Proton terus membuat nama baru pada model keluarannya.
Suprima diambil dari perkataan English, 'supreme'
manakala huruf S mewakili, 'Sporty'
Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin Proton CamPro 1.6
Turbo dan datangkan dalam dua variasi iaitu Executive dan Premium.
Banyak orang bandingkan Suprima S dengan Toyota Vios 2013 yang dijangka akan dikeluarkan Oktober 2013.
Sebenarnya Enjin CamPro 1.6 ke 1.8 ni? Bukan 1.6 ke...
Suprima S:-
- Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
- Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
- Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
- Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Toyota Vios 2013:-
- Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
- Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
- Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
- Toyota Vios 1.5 J (Automatik) – RM77,300
- Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Suprima S (atas) ,Vios (bawah). Kredit to arenakereta.com |
Fokus entri ini berkenaan komen-komen Proton Suprima S. Ada posotive dan ada negatifnya.
UNTUK KOMEN POSITIF, Proton semakin mampu mengeluarkan produk yang berkualiti bukan sahaja untuk pasaran dalam negara bahkan untuk standard pasaran luar negara. Proton cuba menjadi syarikat automotif setanding dengan syarikat automotif lain di luar negara. Penyokong Proton percaya pihak Proton berusaha untuk membaiki kualiti dari semasa ke semasa.
Bermula dengan model Preve, Proton cuba membuktikan ia mampu keluarkan produk yang mencapai standard luar negara. Maksud Preve’ (disebut Prae-vae) ia dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol
membawa maksud ‘memperuntukkan’ diubah suai daripada perkataan asal bahasa
Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’ . Membuktikan keupayaan Proton
selama 27 tahun untuk melahirkan model yang boleh diangkat sebagai produk
bertaraf global setanding dengan jenama kereta terkemuka lain.
Suprima S dilengkapi enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti
Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model
premium disertakan Park Assist dan kamera undur. Suprima S mendapat 5 bintang di dalam ujian
keselamatan ANCAP.
Suprima S dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable
Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140
PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm)
pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.
Kereta import tidak sempurna dan ada je masalah. Begitu la juga dengan keluaran tempatan.
Ada yang memuji Suprima S kerana spesifikasinya yang lebih baik berbanding dengan kereta/model lain dengan range harga yang sama. Contoh, Suprima S harga RM 70k lebih tapi ciri-cirinya seperti kereta import harga RM 130k.
Sudah tentu ada KOMEN NEGATIF. Kebanyakan komen nya berkenaan harganya yang mahal. Harganya hampir RM 80 000 seperti harga kereta import. keluaran Proton untuk golongan pertengahan dan tidak sepatutnya mahal. Tak ramai yang mampu memiliki Suprima S.
Ada juga kritikan Suprima S perlu kah turbo? Orang sanggup beli Nissan Almera berbanding dgn Preve, keluaran Proton yang lepas. Objektif Proton untuk keluarkan model kenderaan rakyat, ciri turbo tidak perlu kerana rakyat biasa tidak mampu nak urus kos turbo. Katanya turbo menyebabkan kenderaan tidak jimat petrol? Semasa saya di pameran Suprima S, ada orang disitu komen pasal ciri turbo, jadi tidak jimat minyak. Mereka mahukan model tanpa turbo. Zaman sekarang, ramai fokuskan kenderaan yang jimat petrol.
Ada juga yang kritik model Proton jual mahal dalam Malaysia tetapi murah di pasaran luar seperti Australia. Mengapa? Perlukan pencerahan, terima kasih...
Harga kereta import mahal kat Malaysia disebabkan cukai. Kalau tak, mungkin kereta import lebih murah berbanding kenderaan keluaran nasional.
Terakhir, ada yang serik dengan keluaran Proton. Mereka fikir model Proton mesti bermasalah. Betul ke?
Jangan hentam saya, saya hanya suarakan suara pengguna. Tak semua bersetuju dan tak semua menentang dengan kita kan.
No comments:
Post a Comment