Salam buat semua.
Saya
tertarik dengan motorsikal yang mempunyai kelebihan menyimpan helmet di
dalamnya. Dahulu, saya lebih gemar kepada motorsikal yang hebat dengan kelajuan
dan prestasi seperti Yamaha 135 LC. Kapcai jelah, nak prestasi superbike memang
tak lah...saya tak kaya sangat.
Yamaha 135
LC diakui sememangnya diminati ramai termasuk juga saya sendiri. Kini saya dah
nak habis pengajian di universiti, motorsikal mahal-mahal bukan lagi fokus
saya. Saya lebih cenderung ke arah kereta. Jadi saya tak kisah sangat motorsikal
yang gempak-gempak.
Begitu
banyak sekali model-model kereta baru dikeluarkan di pasaran. Semuanya menarik,
tak kira kereta nasional mahupun non-nasional. Pendek kata, bergantung kepada
kemahuan dan kemampuan seseorang. Lain orang lain pilihannya.
Baiklah,
kisah pasal kereta akan dicerita kemudian. Saya fokuskan kali ini berkenaan
motorsikal.
Honda Future dan Honda Spacy.
Honda Future
tu apa? Di tv keluar iklan pasal motorsikal terbaru keluaran Honda. Aku memang
berminat dengan motorsikal ni. Menurut sumber harganya antara RM5,578 hingga RM5,998 ( tak termasuk cukai jalan).
Bagi aku harganya agak berpatutan untuk motorsikal 125cc.
Yang ini motorsikal kapcai a.k.a gear
manual.
Ada 3 versi:
1)Ada sport rim dan tanpa brake disc
belakang,
2) Tiada sport rim dan tanpa
brake disc belakang,
3) Full spec, dengan sport rim dan
ada brake disc belakang.
Perkara
pertama yang aku minat pasal motorsikal ni ialah boleh simpan helmet full. Agak
menarik kerana leceh la nak bawak kehulu-kehilir helmet takut kena rembat.
Biasanya kalau nak simpan kat motor kalau
nasib tak baik, senang jer orang nak potong tali helmet. Aku sanggup
adakan box kat belakang motor untuk simpan helmet. Motor lain jarang ada
kelebihan simpan helmet kat bawah tempah duduk atau kebuk.
Untuk
kategori kapcai, motor ni antara penggunaan minyak paling rendah. Tangki minyak
juga besar dalam kategorinya, 5.6 liter. Tangki minyak besar, tak perlu
asyik-asyik kena isi minyak.
Kalau bajet kewangan tak banyak, motor ni boleh dipilih. Nak beli Yamaha
LC, agak mahal hampir 7k. Lagipun, boleh simpan helmet, tu ciri-ciri paling aku
suka. Tapi motorsikal ni pada aku, masih tak boleh lawan kehenseman Yamaha.
Honda juga mengeluarkan motorsikal kategori skuter yang boleh menyimpan
helmet, iaitu Honda Spacy. Bagi yang tidak begitu reti bawak motorsikal gear
manual ataupun berasakan leceh bawak motorsikal gear manual, Honda Spacy untuk
anda.
Kebuknya ataupun ruang simpan barang bawah seat luas hinggakan cukup
untuk memuatkan topi keledar/helmet full-face. Honda Spacy dilengkapi enjin
110cc.
Kapasiti tangki minyak petrol 5.2 liter. Kurang sedikit jika nak
bandingkan dengan Honda Future. Enjin motorsikal akan berhenti secara automatik
apabila tongkat sisi diturunkan. Honda Spacy ditawarkan pada harga atas jalan
RM4,999.00 seunit.
Ada 4 warna pilihan :
-Pearl Metaloid White
-Euphoria Red Metallic
-Megallanic Black
-Luminous Orange
Kedua-dua model motorsikal ini saya memang puji. Kelebihannya bukan sahaja boleh simpan helmet full-face, malah boleh isi minyak petrol yang banyak. Harga nya juga berpatutan.
No comments:
Post a Comment