Paparan

SPONSORED

Saturday, March 15, 2014

Lima maut akibat ambil dadah berlebihan, empat kritikal ketika tonton konsert




Konsert Future Music Festival Asia yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil malam ini dibatalkan.

Lima orang termasuk dua wanita maut dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan ketika menyaksikan Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata pembatalan konsert itu berikutan terdapat lima kematian dipercayai pengambilan dadah berlebihan, malam tadi. Tiga lelaki dan dua wanita itu berusia di antara 19 dan 28 tahun.Dalam pada itu, dua lelaki dan dua wanita dilaporkan kritikal juga dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebihan.



Mangsa yang kritikal kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malam tadi menyaksikan kehebatan DJ tersohor dunia memberikan persembahan bertenaga seperti Deadmau5, Will Sparks, Adventure Club, R3hab, Bate dan Eva T.



Selain itu beberapa pentas lain turut menyaksikan persembahan daripada DJ popular dalam dan luar negara. Lebih menarik FMFA tahun ini juga telah menarik pengunjung lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia.

Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.

Disebabkan kejadian ini, konsert terakhir yang dijadualkan malam ini terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur.





No comments:

Post a Comment

SPONSORED