KUALA LUMPUR 16 Mac- Kadar
penggunaan bekalan air bersih berjaya dikurangkan sebanyak 331 juta liter
sehari (JLH) hasil daripada pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat
Pertama dan Ketiga di sembilan wilayah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya.
Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan di sini pada Ahad
berkata kadar penggunaan air secara keseluruhan kini adalah sebanyak 4,369 JLH
berbanding dengan pengeluaran biasa dalam lingkungan 4,700 JLH.
SYABAS
juga memaklumkan bahawa tiada penghantaran bekalan air melalui lori-lori tangki
atau tangki air statik di semua kawasan catuan kerana pelan catuan yang
dijalankan merupakan pelan yang menghadkan bekalan air mengikut jadual yang
ditetapkan.
Bagaimanapun
pertimbangan untuk menghantar bekalan air kecemasan dilakukan mengikut
keutamaan seperti upacara kematian, kenduri dan pusat dialisis.
Para
pengguna juga diharapkan agar memberikan kerjasama dalam usaha mengurangkan
penggunaan bekalan air dan terus berjimat bagi membolehkan bekalan air dapat
bertahan lebih lama.
Pelan
Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga dilaksanakan susulan dari
keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengurangkan perlepasan air mentah dari
empangan Sungai Selangor sebanyak 500 JLH dan empangan Klang Gates sebanyak 30
JLH.
Selain
itu, pelan pencatuan juga dilaksanakan susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA)
Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran dari pencemaran air mentah.
Laman
web SYABAS, www.syabas.com.my boleh dilayari untuk mengetahui kawasan yang
terlibat dan jadual catuan bekalan air. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment