Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh serta pembantunya,
meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dilaporkan terbunuh apabila
kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang
sebuah lori.
Turut terbunuh pembantunya, Michael Cornandez, manakala tiga
lagi parah.
Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk
menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.
* * *
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah
kepada ahli keluarga Karpal Singh atas kematian bekas Pengerusi DAP itu dalam
kemalangan jalan raya di Gua Tempurung kira-kira jam 1 pagi tadi.
"Saya baru saja tiba di Ankara dan mendapat berita
bahawa Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga
Karpal Singh," katanya dalam laman Twitter milik beliau, sebentar tadi.
* * *
Ketika ini, semua ahli keluarga mendiang dan sebahagian
besar wakil rakyat DAP serta pembangkang berada di Unit Forensik Hospital
Kampar menunggu mayat selesai dibedah siasat untuk dibawa pulang ke kediamannya
di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang.
Suasana pilu menyelubungi Hospital Kampar apabila ahli
keluarga Pengerusi DAP, Karpal Singh, tiba sebaik mengetahui kematian mendiang
dalam kemalangan maut awal pagi tadi.
Kelihatan anak mendiang, Gobind Singh Deo, memeluk dan
menenangkan ibunya, Gurmit Kaur, yang menangis tanpa henti.
Kelihatan adiknya, Sangeet Kaur, yang turut kelihatan tidak
mampu menahan kesedihan dan menangis teresak-esak.
Anak sulung mendiang, Jagdeep Singh, yang tiba kemudian
dalam keadaan sugul.
Pemimpin veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila
kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan
melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah
Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian berlaku dalam keadaan
cuaca baik dan keadaan jalan raya gelap tanpa lampu jalan.
* * *
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, mayat
mendiang bapanya akan disemadikan di Pulau Pinang sama ada pada Sabtu atau Ahad
bergantung kepada pengumuman rasmi yang akan dibuat petang ini.
Gobind berkata, kali terakhir beliau bertemu Karpal Singh di
Hospital Pantai Bangsar kira-kira jam 10.15 malam tadi.
* * *
"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi
pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.
Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau
keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.
Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu
dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.
"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia
berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah,"
katanya.
Perkongsian Hadis:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah,
lalubaginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda:“Itu
jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia jugajiwa (insan)?”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment