Paparan

SPONSORED

Tuesday, July 22, 2014

Selangor dapat Menteri Besar Baru?

Salam buat semua pembaca.


Ini ada berita yang terbaru mengenai politik Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi (malam ini) menamakan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Keputusan itu dimaklumkan Ketua Umum PKR yang juga suami Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat majlis pimpinan pusatnya.

PKR akan membawa perkara itu untuk persetujuan pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Presiden, esok.

Datin Seri Wan Azizah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang selepas memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya kecil yang diadakan ekoran penyandangnya iaitu Lee Chin Cheh, juga dari PKR. 

Persoalannya.. mengapakah Menteri Besar Selangor mahu ditukar?

Kemungkinan jawatan MB Selangor akan bertukar tangan? Apa kata rakyat Selangor?

No comments:

Post a Comment

SPONSORED