Terima kasih mengunjungi blog ini.
Entri kali ini berkisahkan tentang Istanbul.
Saya tertarik dengan Istanbul kerana keindahannya, sejarahnya dan geografinya.
Istanbul, walaupun bukanlah ibu negara Negara Turki tetapi ianya adalah kota terbesar di Turki. Istanbul dahulunya dikenali sebagai Constantinople.
Istanbul. Bentuk peta nya pun dah unik kan |
Selat Bosphorus sepanjang 32 km, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam di Istanbul. Selat Bosphorus memisahkan benua Eropah dan Asia. Kalau anda perasan, Istanbul terbahagi kepada dua, di Eropah dan Asia. Kebanyakan tempat menarik seperti Masjid Biru rupa-rupanya terletak di bahagian Eropah..dulu saya ingatkan di Asia haha..
Golden Horn |
Golden Horn |
Holden Horn (Tanduk Emas) amat dikenali disebabkan faktor sejarah kerana menjadi saksi kejatuhan Constantinople. Kejatuhan Constantinople merujuk kepada penawanan ibu kota Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur) oleh Empayar Uthmaniyyah pada hari Selasa, 29 Mei 1453. Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun itu yang ketika itu sudah berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Greek.
Constantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas. Pada waktu ini, tentera Islam telah mengepung kota Constantinople tetapi mereka tidak berjaya memasuki pintu utama kota ini yang berada di Golden Horn kerana jalan masuk ke Golden Horn telah dihalang dengan rantai besi raksasa yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanduk/Tanjung Emas yang dikawal dengan rantai raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanduk/Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyyah telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai.
Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Constantinople membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean. Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah.
Entri kali ini tidak sempat nak update pasal tempat pelancongan yang menarik terdapat di Istanbul. Mungkin lain kali sahaja dan teruskan sokongan dan melawat blog ini yang tidak seberapa ini.
No comments:
Post a Comment