Paparan

SPONSORED

Tuesday, August 18, 2015

Cara Jangkitan HIV/AIDS

Salam buat pengunjung dan pembaca sekalian. Sila la 'follow' blog ini. Terima kasih.

Entri kali ini ingin kongsi cara jangkitan HIV/AIDS. Ingin mengurangkan kekeliruan masyarakat tentang cara jangkitan.


Hubungan seks
Boleh mengakibatkan jangkitan sekiranya salah seorang daripada pasangan tersebut menghidapi HIV/AIDS. HIV mudah merebak melalui darah dan air mani individu yang telah dijangkiti virus ini.

Perpindahan darah
Darah yang tercemar dengan HIV akan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menerima darah tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak hospital menjalankan peraturan yang ketat untuk menguji darah penderma agar darah yang tercemar dengan HIV tidak digunakan.

Ibu mengandung
Ibu mengandung yang telah dijangkiti HIV boleh menyebabkan jangkitan kepada anak yang bakal dilahirkan terutama semasa proses kelahiran anak. Langkah-langkah pencegahan perlu diambil semasa memotong tali pusat bayi agartidak dijangkiti oleh darah ibu yang dicemari oleh HIV.

Berkongsi jarum suntikan
Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan lebih berisiko mendapat HIV/AIDS menerusi darah. Kadar penagih yang dijangkiti dengan cara ini meningkat setiap tahun.

Jadi, sentuh pesakit HIV tidaklah menyebabkan kita dijangkiti HIV ni.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran

No comments:

Post a Comment

SPONSORED