Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.
Syarat
Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan mazhab Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut:- Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
- Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
- Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
- Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
- Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti:
- 1. Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai.
- 2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji.
- 3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- 4. Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang kekacauan.
- 5. Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam kenderaan.
Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman.
Wukuf di Arafah |
Rukun
1) Niat ihram haji.Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. Rukun-rukun haji adalah seperti:Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di miqat dan jika jemaah haji sudah berada di kawasan Makkah, maka niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas niat, para jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya berkaitan amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan haji
2) Wukuf di Arafah
3) Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
4) Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Safa dan Marwah.
5) Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
4) Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Safa dan Marwah.
5) Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6) Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.
Jenis
Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu:- Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
- Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
- Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).
Dam
Dam dari segi bermaksud bahasa ialah darah. Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan perkara yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
Dam Tertib dan Taqdir
Dam tertib dan Ta'dil:
Dam takhyir dan Taqdir:
Dam takhyir danTa'dil
*Nota Dam: Kredit kepada Lembaga Tabung Haji
No comments:
Post a Comment