Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.
Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.
Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan.
Mari kita bincangkan faktor-faktor perceraian.
Mari kita bincangkan faktor-faktor perceraian.
1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
Lelaki sebagai ketua keluarga adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan. Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga. Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah, khususnya isteri.
Allah SWT menyebut dalam surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: “Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.”
2. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.
6. Perbezaan Budaya
7. Masalah Seksual
Isteri zaman dahulu berbeza dengan isteri zaman sekarang. Jika dahulu, wanita sebagai suri rumah tetapi kini wanita juga bekerja dan menjawat jawatan penting dalam negara. Jadi kedua-dua si suami dan isteri sudah sibuk dengan pekerjaan dan masa bersama sudah kurang. Lebih teruk jika antara mereka berdua bekerja ikut shif yang berbeza. Contohnya, si isteri bekerja siang dan pulang petang manakala si suami bekerja shif malam dan ini menyebabkan mereka kurang bersama sebagai suami isteri.
3. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang tidak kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
Agama menjadi petunjuk dan nasihat dalam kehidupan seharian. Islam itu cara hidup. Segala aktiviti adalah mengikut agama dan peraturan. Seseorang yang kuat pegangan agama tidak akan bertindak terburu-buru danbersabar. Mereka berbincang dan memikirkan yang terbaik untuk diri dan anak-anak. Pegangan agama dan tanggungjawab saling berkaitan. Seseorang yang mempunyai pegangan agama menjadi lebih bertanggungjawab.
4. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan.Pihak ketiga dalam rumahtangga terbahagi kepada dua iaitu satu, pihak keluarga atau orang yang haram berkahwin dengan suami/isteri tersebut dan keduanya, pihak ketiga yang boleh/halal berkahwin dengan si suami ataupun isteri tersebut.
Untuk yang pertama, pihak ketiga contohnya kawan si suami atau isteri dengki dan tidak sukakan perhubungan dan perkahwinan mereka biasanya dengan menghasut supaya si suami mahupun isteri tersebut untuk bercerai-berai.
Untuk yang kedua, yang ini sering nampak contoh di drama televisyen haha.. Hubungan dingin suami isteri disebabkan mereka ada hubungan dengan lelaki/perempuan lain. Apabila mereka sudah mencintai lelaki/perempuan lain dan cinta dan kasih sayang antara suami isteri sudah pudar, makanya berlakulah perceraian.
Di sini suami dan isteri perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
Walaupun wujudnya pihak ketiga dalam rumahtangga, “pohon takkan bergoyang jika takde angin” dan “bertepuk sebelah tangan tidak akan menjadi”. Paling utama, cinta dan kasih sayang tidak akan meruntuhkan sesebuah perkahwinan dengan deselangi dengan melaksanakan tanggungjawab .
5. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
Ini banyak berlaku di sekeliling saya. Isu ini menjadi faktor utama perceraian. Akibat kesempitan hidup suami isteri, hati masing-masing mula berubah. Rungutan dan pertengkaran sering berlaku. Tuduh menuduh menyalahkan sesama sendiri siapa yang menjadi punca kesempitan kewangan. Si isteri sudah tentunya mahukan kehidupan yang stabil untuk dirinya dan anak-anaknya. Oleh itu, sememangnya si isteri mempunyai hak untuk meminta cerai.
6. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan. Berkahwin dengan berlainan budaya memerlukan kebijaksanaan dan toleransi serta pemahaman. Dalam islam, jika si suami atau isteri tukar agama, secara automatiknya, perkahwinan terbatal.
7. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Hubungan seksual adalah penting dalam kelangsungan melayari bahtera perkahwinan. Si suami dan isteri berasa puas jika tuntutan seksual dipenuhi. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan.
Rujuk keratan akhbar di atas. Wahai lelaki Malaysia sekalian..dengar tak? Wanita Malaysia tak puas seks. Puaskan lah wanita- wanita anda sepuasnya hahaha.. Jangan biarkan warga asing memuaskan seks wanita Malaysia. Dah lah warga asing semakin ramai..sampaikan bila tiba cuti Sabtu, Ahad mahupun cuti-cuti seperti Hari Raya..mereka sepertinya telah menakluk bandar-bandar di Malaysia, perasan tak?
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kemampuan seks. Makanan tambahan berkaitan seks sememangnya mendapat tempat. Berlambak supplement di pasaran dan semenangnya laris. Antara yang paling mudah dijumpai ialah tongkat ali dan kacip Fatimah yang boleh didapati di kedai runcit. Iklan nya pun sentiasa ada di televisyen. Nak murah dan senang..beli sahaja lah minuman Tongkat Ali kat kedai runcit yang berdekatan, tidak mahal tidak pun sampai RM 3. Untuk kebaikan anda juga haha ye tak?
Rujuk keratan akhbar di atas. Wahai lelaki Malaysia sekalian..dengar tak? Wanita Malaysia tak puas seks. Puaskan lah wanita- wanita anda sepuasnya hahaha.. Jangan biarkan warga asing memuaskan seks wanita Malaysia. Dah lah warga asing semakin ramai..sampaikan bila tiba cuti Sabtu, Ahad mahupun cuti-cuti seperti Hari Raya..mereka sepertinya telah menakluk bandar-bandar di Malaysia, perasan tak?
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kemampuan seks. Makanan tambahan berkaitan seks sememangnya mendapat tempat. Berlambak supplement di pasaran dan semenangnya laris. Antara yang paling mudah dijumpai ialah tongkat ali dan kacip Fatimah yang boleh didapati di kedai runcit. Iklan nya pun sentiasa ada di televisyen. Nak murah dan senang..beli sahaja lah minuman Tongkat Ali kat kedai runcit yang berdekatan, tidak mahal tidak pun sampai RM 3. Untuk kebaikan anda juga haha ye tak?
Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment