Paparan

SPONSORED

Friday, August 7, 2015

Majalah Ujang dan Apo Kini Tinggal Kenangan

Mulai 6 Ogos 2015, syarikat penerbitan Majalah Ujang dan APO? iaitu MOY Publication telah menutup operasinya serta merta. Berita ini disahkan sendiri oleh kartunis-kartunis majalah tersebut fi Facebook mereka.

Tak tahu la nak rasa apa..Dengar cerita ada kisah dan sejarah yang tidak enak berkenaan Syarikat MOY ini, tetapi saya tidak pasti lah sebab takut fitnah. 



Sudah tiada lagi lah "Lawak Antarabangsa" dan "Tok Moh" menghiburkan pembaca setianya. Bila saya balik kampung arwah atok, mesti ada koleksi majalah Ujang atau APO?. Haha rasa tak payah beli pun dah dapat baca.

Sudah tiada lagilah karya kartunis-kartunis seperti Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Lalang, Papan, Sukun, Bijan dan banyak lagi.  Bila saya bosan menunggu giliran untuk gunting rambut, kat kedai gunting rambut ada majalah-majalah itu. Tapi sejak akhir-akhir ini, rasa macam karyanya tidak begitu menarik dan mengantuk. Tak tahulah bagaimana pendapat orang lain. Lain orang lain pendapat kan.

Semoga kartunis-kartunis dan pekerja yang terlibat dapat meneruskan kehidupan.



gambar daripada m star


Sebelum ini pun, majalah "Anjung Seri" pun menerima nasib yang sama apabila syarikat penerbitannya,
 Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya termasuk "Anjung Seri" selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Majalah 'Anjung Seri' adalah majalah yang mempunyai nama yang agak gah. Majalah ini berkenaan konsep kediaman dan hiasan rumah. Guna kertas licin berwarna beb..tebal. Abah banyak kumpul majalah ini. Sayang la haih majalah ni pernah popular kot..

Saya ada perasan sejak zaman telefon pintar ni, ramai yang tidak lagi berminat nak baca majalah kan..Mungkin ini antara sebab jualan majalah-,ajalaj tidak sebegitu laku. Rumah saya dah takde laa nak beri surat khabar pun. Makin best pulak main telefon pintar ni..sampaikan takde siapa nak tengok tv sebab masing-masing layan telefon pintar.

Ada facebook, whassap, wechat, instagram dan ini belum termasuk game-game..sekarang ni Clash of Clans yang paling terkenal. Saya pun menjadi mangsa COC huhu.. Saya takde la noob sangat level coc..townhall 8 tau..

No comments:

Post a Comment

SPONSORED