Paparan

SPONSORED

Tuesday, December 6, 2016

BATU PAHAT: Tempat buat Rubber Stamp

Hai.

Lama Tidak kemaskini Blog. Dah bersawang dah huhu.. Sibuk dengan kerja dan malas pun ye jugak haha..

Kali ini nak cerita tentang kedai membuat Rubber Stamp di Batu Pahat. Sebenarnya ada sahaja kedai buat Rubber Stamp di batu Pahat, cuma nya kedai-kedai tersebut kecil dan oang pun tidak perasan.
Kedainya..Di belakangnya bangunan tinggi itu adalah Hotel Garden
Kedai yang saya pergi ini terletak dekat dengan Stesen Bas Batu Pahat. Tempatnya cukup strategik kerana selain dekat dengan Stesen Bas, kedudukan nya dikelilingi dengan perlagai kemudahan dan tarikan. Antara lain, kedai-kedai kain, kedai telefon, Hotel Garden, medan selera, Merrybrown dan sebagainya. Kalau bosan-bosan, boleh lah merayap di Courts tengok-tengok perabot.

Stesen Bas batu Pahat, dari depan kedai

Kedainya terletak di Jalan Abu Bakar. Tak perlu saya lukis pelan sebab mercu tanda terdekatnya ialah berdekatan Stesen Bas Batu Pahat.

Harganya berpatutan pada saya, sebab saya pernah ke kedai lain harganya lebih mahal. Layanannya cukup baik.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED