Hari ini 26 Ogos 2011, bersamaan 26 Ramadan dan ini bermakna dah 26 hari kita semua berpuasa dalam bulan Ramadan. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berpuasa dengan jayanya. Dari sini terbau ayam goreng..buat berbuka puasa.
Jarang-jarang 1 Syawal dan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Malaysia berlaku hampir serentak. Malah selepas 1 Syawal, iaitu 2 Syawal. Kalau ikutkan jangkaan kita akan menyambut 1 Syawal pada 30 Ogos 2011. Kali ini saya dan beberapa kelompok seumur dengan saya dapat berpuasa penuh di kampung/rumah setelah 4 tahun berpuasa luar dari rumah, maksud kata di asrama dan di kolej.
Kat corong-corong radio dah banyak dah pasang lagu raya. Kuih raya tahun ini buat la juga selain beli kerepek-kerepek buat raya nanti. Rumah pun dah mula dikemaskan dan anak-anak mula pulang berhari raya.
Pulang berhari Raya pada tahun ini sudah tentunya lebih best daripada biasa kerana sambut sekali Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54.Ramai yang dapat cuti 2 minggu. Sekarang ini pun ada yang dah sampai kampung halaman.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
30 tempat telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal. Nak tahu tak di mana?

Sumber: BERNAMA
Kat negeriku Johor, cuma ada satu tempat yang ditetapkan iaitu di Pontian Kecil.
Ramadan dah nak habis, dah bayar zakat fitrah belum?
Bersempena dengan itu juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan juga Salam Kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment