Malam 29 Ramadan dan baru selesai Terawih. Alhamdulillah..
Pernah dengar tak pasal Lebuhraya Senai-Desaru? Mesti ramai yang tak pernah dengar tentang kewujudan lebuhraya/highway ni. Sememangnya ni lebuhraya baru. Lebuhraya ni telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada umum pada 10 Jun 2011(tu memamg baru aje kan). Lebuhraya ini dikenali sebagai SDE- Senai-Desaru Expressway.
Berita Harian |
Bagi plaza masuk Senai dan keluar di plaza tol Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar, kadar biasa RM3.70, RM7.60, dan RM11.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM6.10 dan RM9, katanya dalam kenyataan.
Kadar biasa bagi plaza masuk Ulu Tiram dan keluar di plaza tol Senai, Cahaya Baru dan Penawar bernilai RM3.70, RM4.70 dan RM8.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM3.80 dan RM6.60.
Bagi plaza masuk Cahaya Baru dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar, kadar biasa RM7.60, RM4.70 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM6.10, RM3.80 dan RM4.70.
Kadar biasa bagi plaza masuk Penawar dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar bernilai RM11.20, RM8.20 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM9, RM6.60 dan RM4.70. -BERNAMA
Lebuhraya ini menghubungkan Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang dan Penawar/Desaru. Senang cerita lebuhraya ini nak memudahkan dan mempercepatkan perjalanan ke Desaru. Sebelum terbinanya SDE,Dari Senai ke Desaru memakan masa 2 jam. Jalan Persekutuan 3 dan 92 satu-satunya jalan nak ke Desaru.Dengan hanya SDE ni hanya 45 minit sahaja..
Nak ringkaskan macam ini la cuba lihat imej dibawah ni. Jarak masa antara persimpangan keluar.
Lebuhraya ni sepanjang 77km. Jarak antara simpang-simpang:
Jambatan Sungai Johor |
Lebuhraya ini menyeberangi Sungai Johor. Besar tau Sungai Johor ni. Ini mewujudkan mercu tanda di Sungai Johor.
Banyak kelebihan menggunakan Lebuhraya ni (SDE) :
- Perkhidmatan panggilan kecemasan di setiap 2 km di sepanjang lebuhraya E22.
- Perkhidmatan percuma Pasukan Keselamatan yang sentiasa mengawasi, memantau dan membantu pengguna lebuhraya 24 jam sehari. Skop perkhidmatan adalah terhad kepada pembaikan kecil dan perkhidmatan tow ke plaza tol atau kawasan Rehat dan Rawat berhampiran dan hanya tertakluk kepada kenderaan Kelas 1 dan Kelas 4 sahaja.
- Lebuhraya menghubungkan terus dengan laluan ke Lapangan Terbang Senai dan merupakan jalan terpantas dari arah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Penawar / Desaru.
- Menyediakan kawasan Rehat & Rawat untuk keselesaan pengguna lebuhraya.
Jambatan Sungai Johor |
Di sepanjang 77 km lebuhraya ini, pengguna disajikan dengan pemandangan indah dengan adanya pusat tanaman orkid, kolam, hutan paya bakau, jambatan merentangi Sungai Johor dan banyak lagi
Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi lebuhraya SDE.
Akhir sekali, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-54.
Entri ini ada sambungan akan datang di Pengalaman Guna Lebuhraya Senai-Dearu(SDE) ke Pasir Gudang.
No comments:
Post a Comment