Paparan

SPONSORED

Saturday, September 24, 2011

Borong Air mineral dari Hypermarket Giant Ganti Guna Air Watercooler

ini saya punya
Salam buat semua.

Hari ini hari Sabtu 24 September bersamaan 26 Syawal, bermakna dah nak penghujung bulan Syawal. Masih ada majlis rumah-rumah terbuka dianjurkan  baik dari badan-badan mahupun orang perseorangan. Maaf la kalau x dapat hadir.

Entri ini ditulis ketika guruh dan petir sabung menyabung, hujan lebat. Kat kawasan sini, Shah Alam tiap-tiap hari hujan lebat, lagi-lagi waktu tengah hari. Bagi yang nak menyidai baju di ampaian tu, fikir-fikir kan lah.

Semalam seluar ke pusan bandar Shah Alam, melawat Kompleks PKNS dan kawasan sekitarnya, dah hampir 5 bulan tak datang kat PKNS tu. Pekena la sekali satay kajang dan pastu jalan-jalan cari awek.


Inilah jenis watercooler yang dimaksudkan
OK, apa kaitannya entri ni dengan gambar yang paling atas sekali? Ada kaitannya.. Itulah entri untuk kali ini. Saya sekarang mengambil inisiatif dengan membeli air mineral secara borong menggantikan daripada amik air water cooler. Saya meragui kualiti air watercooler ini sebab belum tentu terjamin bersih dan kualitinya. Ianya air paip tapi tak tau la bertapis ke tidak. Watercooler ni ada banyak, tapi yang dimaksudkan ialah yang macam gambar ini.

Terdorong melihat member-member roomate beli air botol sekotak yang ada 12 botol 1.5 liter tu.

Rasa lain  bila minum air mineral yang dibeli berbanding air watercooler yang free. Pernah masa nak buka puasa enam hari tu, rasa nak termuntah bila minum air watercooler, maklum lah perut kosong. Bila minum je air mineral yang dibeli, rasa segar..je

Tak perlu lah nak berkira pasal kos sebab bukan mahal pun bila beli cara borong ni. Air tu 5.5liter cuma lebih kurang Rm 3.9+, kiranya RM 4 lah. Tapi saya cadangkan baik beli air sekotak yang dalamnya ada 12 botol 1.5 liter(botol besar) sebab sekotak RM 12 (produk Giant) dalamnya ada 12 botol. Kira 1 botol tu hanya RM 1(seringgit). Jimat kan..Kalau nak beli satu-satu tu sebotol dah RM2, nak beli 12 botol dah RM 24 kan.

Ada gak kawan-kawan yang mengadu batuk-b atuk sebab asyik minum air watercooler banyak-banyak. Bukan niat nak menakut-nakut mahupun nak kutuk, lagipun mesin watercooler ni jarang diselenggara. Kalau tengok filter, berlumut hijau pekat. Tak geli ke?

Buat permulaan hanya itu jela yang mampu..Takpela keluar la duit sedikit untuk kesihatan kerana  nikmat kesihatan adalah harta yang tak ternilai.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED