Hari ini cuti sempena Hari Malaysia. Selamat bercuti buat semua.
Tadi sesiapa yang menonton tv 1, ada disiarkan perutusan khas Hari Malaysia. Apa yang menjadi fokus utama ucapannya ialah I.S.A iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri. Perdana Menteri sewaktu mula-mula pegang jawatan berjanji I.S.A akan dikaji secara komprehensif.
Mari la baca berita sumber dari BERNAMA:
I.S.A dimansuh, Dua Undang-undang Baru Berkaitan Keselamatan akan dikaji
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.
Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Selain itu PM juga mengumumkan bahawa:
- Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
- Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Apa yang penting rakyat untung
No comments:
Post a Comment