Hari ini Jumaat 9 September 2011bersamaan 11 Syawal, menulis buat kali terakhir (yela kot) sebelum masuk
cuti sudah habis bro |
Dah dengar berita belum pasal cukai untuk tambah nilai prepaid atau bahasa mudahnya topap handset? Adakah benar ini akan berlaku? Mahukan bukti? Ada...
Berkuatkuasa 15 SEPTEMBER 2011 semua harga produk mudah alih termasuk pek permulaan prabayar, tiket tambah nilai prabayar, Hot Tiket dan E-Reloads akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan. Ah bagus sangat la tu, aku memang suka nak bersedekahh...
Kat Malaysia ni umumnya tau ada 3 syarikat telekomunikasi terbesar iaitu DiGi, Celcom dan juga Maxis. Pengguna prepaid a.k.a topup 43% merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi sebanyak 13.2 juta. Aku baru tau ramai guna DiGi, 83 peratus dan cuma 23% daripada Celcom dan Maxis.
So, apa pendapat anda?
Tadi ayah balik kerja cakap pasal hal ni. Pastu ni online buka facebook ramai la dah kata. Majoriti yang kata tak mau la..banyak gak page-page kat facebook tulis pasal ini sebagai tajuk wallpost.
6% percent tu macam mana tu?
Katakanlah topup RM10 kan, kita akan dikenakan RM10.60 la kan, kata 6 %. Maknanya kena tambah 60 sen lagi untuk topup RM10. Kalau tak ada RM10.60 tak boleh topup la kan, kena cari duit syiling kat celah-celah laci. Ha, sekarang baru tahu kan bernilainya duit syiling ni selain boleh pakai untuk mesin basuh yang kena isi syiling tu.
60 sen tu umpama kalau guna pelan SMS/mesej yang pakai 1 sen per sms tu. Ini bermakna kita boleh sms/ mesej 60 kali wei. Banyak tu. Tak payah la nak ibaratkan dengan harga makanan contohnya 60 sen tu boleh beli roti gardenia 60 sen satu. Ini pasal caj untuk topup, ibaratkan lah kaitannya dengan kos penggunaan handphone.
Student mostly banyak yang simpan duit semata-mata nak topup. Ramai yang topup RM5 tahan sampai 3 bulan gunanya, pakai pelan sms 1 sen.
Pengguna yang kaya raya gaji bebelas ribu memang la kata 'apa da hal' atau 'takde masalah pun' tapi boleh dikatakan sebahagian besar pakai prepaid adalah pelajar a.k.a student yang harapkan wang ihsan FAMA (father mother) + pinjaman pelajaran(yang tak mohon tu tak payah fikir cara nak bayar balik) macam PTPTN (iklan yang rajin keluar tu). Duit kerja masa cuti semester nak simpan buat belanja kahwin (ecewah..fikir jauh nampak).
Aku tulis ini pun sekadar pandangan aku aje, tak payah la nanti masuk berita pastu kena ISA ke, akta hasutan ke. Aku masih student x mampu la nak bayar denda denda ni.
Ada la juga orang cakap, nak guna cara lama iaitu surat. Hahaha...nak ketawa gak la mendengarnya. Kita hantar surat kat orang tu, orang tu balas balik kat kita. Berapa lama dah nak tunggu surat tu sampai? Apa susah..sekarang ni zaman canggih manggih, kita gunakanlah caranya mengikut zaman. Mesej kerajaan "Dengan Jalur Lebar Semua Dapat" wajar diikuti (dah macam ayat karangan daa..). Muka buka a.k.a facebook, twitter, skype semua ada. Pilih-pilih yang mana berkenan. Alah zaman sekarang facebook ataupun fb ramai dah ada sampaikan mak-mak dan ayah-ayah pun ada fb. Nak komen kat facebook pun kena hati-hati nanti parent baca kang.
Facebook bukan ruangan sembang sembarangan..ada gambar, video, komen, 'wallpost', 'like', 'tag'. Main facebook baru la tau istilah omputih ni. Nak cari kawan lama dah 20, 30 tahun tak jumpa pun boleh. Kalau kawan ada kat Kanada tak payah nak topup banyak-banyak biar tak terputus tengah bergayut, facebook juga ada..Chattig kan senang. Kalau rindu dengan orang tersayang tu..gambar juga ada..Kalau segan boleh je 'poke'. Ramai je dah jumpa jodoh pakai facebook, siap dah beranak pinak. Bila la aku nak jumpa ek.
saya punyer |
Yang pasal handset dah tak nak guna nak pameran tu tak tau la. Bukan apa, itu ayatnya bermaksud dah tak nak bazir-bazir sangat guna telefon ni. Dah la ada handset mahal-mahal..pastu topup pun mahal-mahal. Tapi aku nyer caj semuanya ditanggung fama.
Terima kasih kerana berkunjung ke mari. Sudi-sudikan lah komen dan 'follow'.
p/s: Roti gardenia tu dah 70 sen eh?
nak buat macam mana... bila dah semua sms dan line call murah kita kena laa tggn cukai tu sendiri... tambah lagi internet free... jadi nak tak nak syarikat telekomunikasi tak ada pilihan.. sme laa gan kita.. huhu~~
ReplyDeleteAmat boring hari nie... tapi hati saya terhibur
ReplyDeletedi blog awak .. terima kasih ... saya akan lawati lagi blog nie .
. harap awak akan sentiasa update dengan cerita2 baru.
..
my web site; Buat Duit Di Rumah