Juara Lagu ke-26 baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi. Keputusannya telah pun diketahui.
Lagu Awan Nano ciptaan Datuk M.Nasir dan Budi Hekayat menerusi nyanyian Hafiz dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL 26) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi. Dengan kemenangan tersebut, mereka membawa pulang wang tunai RM 35, 000 dan trofi.
Hafiz juga turut mempertahankan kemenangan yang dimenanginya tahun lalu menerusi kategori Vokal Terbaik apabila berjaya memenanginya sekali lagi tahun ini. Menerusi kemenangan tersebut, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan trofi.
Trio gandingan penyanyi wanita mantap Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menerusi lagu Beribu Sesalan pula menyandang gelaran naib juara AJL 26. Kemenangan lagu ciptaan Kevin Chin dan Tinta itu, menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan trofi.
Manakala lagu Karma nyanyian dan ciptaan Faizal Tahir dan Audi Mok merangkul tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM 12,000 dan trofi.
Alyah pula diiktiraf sebagai persembahan terbaik menerusi lagu Kisah Hati dengan kemenangan itu, penyanyi tersebut membawa pulang RM 10,000 dan trofi.
Tahniah buat pemenang-pemenang dan penerima anugerah. Tahniah ditujukan kepada Hafiz kerana memenangi anugerah Juara Lagu 26 kali ini.
Disini disertakan sekali lirik lagu juara Juara Lagu 26, Awan Nano-Hafiz. Layan..
Lirik lagu:
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
No comments:
Post a Comment