Paparan

SPONSORED

Tuesday, January 31, 2012

Fadilat dan Cara menunaikan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua..

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulallah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

Solatlah walau di mana sahaja. Gambar hiasan.


Ringkasan cara mengerjakan:

  • Niat diiringi dengan Takbiratul Ihram
  • Membaca doa Iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca satu surah dalam Al-Quran
  • Bacaan yang afdal ialah dari surah Asy-Syam pada rakaan yang pertama dan rakaat kedua surah Al-Lail
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud pertama
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kedua
  • Selepas rakaat pertama, lakukan rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kemudian tasyadul akhir
  • Memberi salam


Niatnya:


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.


Baca doa ini selesai solat


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Akhir kata, janganh melakukan Solat Dhuhasemata-mata untuk mendapat rezeki lebih. Jadi, tujuan tu dah melencong sebab nak solat Dhuha sebab nak dapat rezeki lebih yang Allah kurniakan. Apa yang penting, niat di hati tu kena betul. Bersolat kerana Allah dan bukan bersolat atas sebab sesuatu.

Selamat beramal..

Sumber: http://tayibah.com dan mymasjid.net 

4 comments:

  1. Terima kasih krn sudi berkongsi tentang solat dhuha. Informasi yang sangat berguna :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kembali. tak susah nak laksanakan solat dhuha ni.

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi tuan..sangat bermanfaat buat umat islam yg sedang mencari2 cara solat dhuha..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. kerana saya nak kan cara solat dhuha la, saya cari info dan berkongsi. harap beri manfaat :)

      Delete

SPONSORED