Paparan

SPONSORED

Saturday, July 30, 2011

Lawatan percuma ke zoo negara

Salam semua.


Hari ini nak hebahkan  pasal tajuk post ini. Ianya mengenai pergi zoo negara free.






Rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1961 berpeluang mengunjungi Zoo Negara secara percuma mulai hari ini (30 Julai 2011) hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50. Ini bukan saya kata eh, ni kata dari orang besar tau. Ops..bukan besar badan,tapi besar pangkat la.


Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Ismail Hutson mengumumkan tawaran tersebut pada majlis makan malam ulang tahun Zoo Negara di Kuala Lumpur, malam semalam. Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.


Beliau(Datuk Ismail) berkata Zoo Negara yang berkeluasan lebih 48 hektar itu telah menerima kira-kira satu juta pengunjung setiap tahun dengan 300,000 daripada pengunjungnya adalah kanak-kanak.



pintu masuk ke zoo serangga
Zoo negara terletak kat Ulu Klang kan, tak silap aku la. Aku belum pergi lagi.


Tawaran ini bukan sepanjang masa tau, dari 30 Julai 2011 hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50. Kalau bukan free jangan salahkan aku tau, ini sumber dari BERNAMA.











Macam mana nak ke sana?Tak tahu?
LRT(sekadar hiasan)
Guna LRT laluan Kelana Jaya, turun di Stesen LRT Wangsa Maju dan ambil teksi atau bas pengantara ke zoo.
  • Lalu MRR2 (Middle Ring Road 2)- Dari Ampang, u-turn kat exit Taman Melawati dan masuk simpang kiri yang pertama; Dari Gombak, masuk simpang kiri pertama selepas Taman Melawati pastu keluar flyover.
  • Naik Metrobus bus 16 dari Central Market. Bus  akan bawa ke pintu masuk zoo.
Tak pernah pergi. Satu hari nanti teringin nak pergi. Teringat AllahyarhamTan Sri P Ramlee pernah berlakon cerita 'Masam-masam Manis' kat Zoo Negara watak Cikgu Shaari.

1 comment:

SPONSORED