Paparan

SPONSORED

Monday, August 1, 2011

Perihal RAMADAN, sekadar berkongsi


Salam buat semua. Dah tengah hari tetapi belum lunch. Ini bermakna hari ini puasa di bulan Ramadan. Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah khusus dalam bulan Ramadan seperti solat Terawih. Hari ini hari pertama dalam bulan Ramadan.


Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkat ini, saya ingin kongsi mengenai bulan Ramadan.


Ramadan adalah bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Bulan ini mewajibkan umat Islam berpuasa seperti yang termaktub dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:


Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...


Peristiwa semasa Ramadan
Turunnya al-Qur'an. Para ulama bersetuju bahawa Al Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas.  Ahlu sunnah wal jamaah  menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan  dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu(Nuzul Quran) buat pertama kalinya. Pada malam tersebut surah Al-'Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira.. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.


Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam Al-Quran pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Bila berlakunya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. SebahagianMuslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.










Amalan dalam bulan Ramadan:
Bulan Ramadan sinonim dengan puasa Ramadan, solat Tarawih dan Zakat Fitrah.


Puasa Ramadan

Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa, disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu kurma atau tamar.

Solat Tarawih:
Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam meneruskan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.


Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Aidilfitri. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini . Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.


Bulan Puasa ini mesti terkenalnya Bazar Ramadan kan? Fenomena ini dilihat di negara-negara penduduk majoriti Islam macam kat Malaysia. Petang-petang, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa.Macam -macam ada dijual kat bazar ramadan...kecur jer tengok..Ada murtabak, ayam golek, air katira dan tak larat nak sebut banyak-banyak. Bazar Ramadan menjana ekonomi penduduk setempat. Janganlah fikirkan soal makanan untuk berbuka kerana fokus kita dalam bulan Ramadan ini kan nak beramal ibadat.


Ok, nak wish, puasa kasi full tau kepada sesiapa yang tidak uzur.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED