Paparan

SPONSORED

Tuesday, August 16, 2011

Pelajar Malaysia Mangsa Samun Rusuhan London

Salam Ramadan Al Mubarak/ Happy Ramadan


Selesai Tarawih malam ke-16. Syukur Alhamdulillah kerana dapat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan dengan baik.

*  *  *

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita tentang seorang rakyat Malaysia yang belajar di London semasa rusuhan baru-baru ini. Berita ini mendapat perhatian di seluruh dunia.


Klip video YouTube mengenai seorang pelajar Malaysia disamun di Barking, East London menurut sumber-sumber pemantauan British, telah ditonton hampir 3000 orang! Ia disenaraikan sebagai video klip ke-7 dunia yang paling banyak ditonton!





Malah, kejadian itu turut dikesali Perdana Menteri Britain David Cameron yang telah menonton filem itu,yang menganggap kejadian itu sebagai simbol ikon keganasan yang tidak sepatutnya berlaku di London. Beliau (PM Britain) menyifatkan serangan terhadap pelajar Malaysia berkenaan sebagai satu kutukan menyakitkan dan meluatkan. Wah, Perdana Menteri Britain siap tengok video tu kan.


Sambil menyifatkan rusuhan itu sebagai jenayah, tulen dan mudah, P.M Britain ini mengumumkan beberapa langkah bertujuan membawa dalang serangan berkenaan ke muka pengadilan. 
Tangkapan pertama berkaitan dengan serangan itu dan samun terhadap Asyraf telah dibuat. 



Reese Donovan, berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di East London, didakwa merompak telefon bimbit jenis Nokia dan PSP jenis Sony Asyraf. 

Donovan adalah salah seorang anggota kumpulan remaja lelaki yang berpura-pura membantu pelajar Malaysia itu yang telah jatuh di mana giginya patah serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh. 

Klip video itu menunjukkan Donovan bukan menolong Asyraf tetapi mengambil barang-barangnya dari beg sandang di belakangnya yang dikatakan semuanya bernilai 300 pound. 



Beliau (Asyraf) diserang oleh sekumpulan budak-budak lelaki dan basikalnya dicuri oleh mereka yang berumur tidak lebih 12 tahun. 


Ok, cerita Asyraf kisahnya begini. Ini kata-kata daripada Asyraf sendiri dipetik daripada akhbar The STAR:

"Mereka bersenjatakan pisau. Yang paling muda rasa2nya masih di sekolah rendah. Mulanya mereka bukan hendak menyerang saya tetapi mereka hanya mahukan basikal saya. 
"Kemudian salah seorang daripada mereka masukkan tangannya dalam poket sweater saya dan mengambil telefon bimbit saya. Selepas itu dia merentap basikal saya. Seterusnya saya tak tahu apa  berlaku. Sedar2 mulut saya berdarah Mungkin saya ditumbuk.
"Mereka kemudiannya pergi dari situ. Orang lain datang membantu. Tetapi mereka bukannya membantu tetapi mengambil barang2 saya dari beg galas saya," 


Beliau dirawat di Royal London Hospital.


Berita ini mendapat perhatian Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Simon Featherstone yang telah melawatnya. Featherstone, yang ketika itu sedang bercuti di United Kingdom (UK) melawatnya selepas pelajar 20 tahun itu dibenarkan keluar dari Royal London Hospital. Selepas kunjungan itu, beliau menyifatkan Asyraf sebagai ‘seorang anak muda yang mengagumkan dan duta yang baik bagi Malaysia’.


Keazamannya untuk meneruskan pengajiannya walaupun dilanda insiden ini harus dipuji. Semoga cepat sembuh dan teruskan keazamannya serta tidak putus asa.


















No comments:

Post a Comment

SPONSORED