Salam buat semua pembaca dan pengunjung yang sudi singgah kemari. Dijemput untuk 'follow' blog ini yang tak seberapa.
Kali ini nak bercerita tentang tajuk diatas. Ahad 25 Mac 2012 buat julung-julung kalinya dalam semester ni, tidak keluar belanja walau 1 sen pun. Macam tak percaya je kan.
Hari ni trip ke Bukit Cerakah kat Shah Alam anjuran kolej kediaman yang saya diami ini. Bermula pukul 8 pagi. Dapat baju program t-shirt berkolar, kipas berlogo kolej, air kotak dan sebungkus roti untuk sarapan. Pengetua kolej berikan ucapan sebelum melepaskan peserta. Ramai gak yang join. Polis siap kawal lalu lintas. Tahan kereta lalu untuk beri laluan kepada kami, terasa diri ini bagaikan raja lak.
Sebelum peserta dilepaskan, masing-masing dapat nombor cabutan bertuah. Tapi malangnya..dalam banyak-banyak cabutan, satu pun tak mengena..
Berjalan kaki dari UiTM Shah Alam ke Bukit Cerakah, agak la jauh. Tak bawak jam, sebab selama ni tengok jam kat handpon. Handpon pun tak bawak. Member kata dalam hampir 2 jam gak. Tak terasa lama berjalan sebab ramai yang join aktiviti ni.
Sampai-sampai kat sana, amik tempat duduk sementara tunggu semua peserta sampai. Nampak pak cik aiskrim, terus serbu al maklum la penat berjalan. Member bayarkan dulu memandangkan dia ada duit besar. Pastu jumpa member ni, nak bayar balik duit aiskrim. Member ni cakap, "tak pe ko simpan je duit tu". Hehe, selamat duit aku (cakap dalam hati).
Sementara tunggu, ambik peluang lepaskan hajat yang terpendam selama hampir 2 jam berjalan kaki, kat toilet. Lega beb...First impression kat tempat ni, macam kecik je. Bila dah nak habis program, tengok peta baru terasa yang diri ini hanya berada di kawasan yang kecil. Banyak lagi kawasan yang belum diteroka. Besar rupanya kawasan ni, ingatkan kat sekitar kawasan program aje.
Maka bermula la aktiviti-aktiviti sehingga ke makan tengah hari. Yang paling best dalam aktiviti ni yelah, aktiviti makan..Sudah tentunya..Agak terbaek gak la makanannya, nasi bukhari ke apa saya tak tahu. Yang penting bukan nasi putih kebiasaan. Lauk ayam n air koordial yang sejuk lagi menyegarkan..lagi-lagi cuaca tengah panas di waktu tengah hari. Save lagi belanja makan untuk waktu tengah hari.
Sembahyang zohor dan adalah majlis penyampaian hadiah. Seperti yang disebut sebelum ni, tak dapat pun hadiah cabutan bertuah ni. Hampeh betol.
Pulang semula ke kampus dengan naik bas. Banyak peserta, jadi bas yang hanya ada dua tu kena lah berulang alik. Untung pulang naik bas, kalau la jalan kaki jugak macam awal-awal aktiviti tadi..penat den.
Sementara tunggu bas, pengetua dengan bermurah hati belanja aiskrim. Maka semua pun serbu kat pakcik aiskrim. Senyum je pak cik asikrim ramai beli aiskrim.
Dah sampai bilik, apalagi, memuta la. Lepas asar pun sambung balik tidur. 'Please, don't try this at home'(ayat WWE Smackdown). Pukul ( malam, seperti yang telah diberitahu sebelum ni, peserta-peserta dapat makanan malam. Takut habis, cepat-cepat kami ke tempat mengambil makanan. Kenyang..dapat 2 bungkus lagi, menu tengah hari tadi. Ingatkan tadi dah planning nak keluar makan malam. Kita save budjet makan malam.
Sebagai pelajar, sapa yang tak mahu'free' kan. Terima kasih kerana belanja dan membuatkan saya tak 'menyentuh' dompet. Perbelanjaan makanan sememangnya belanjawan harian, memang tak boleh kalau tak makan satu hari kan.
No comments:
Post a Comment