Terima kasih kepada yang berkunjung dan sila lah follow blog ini. Terima kasih.
Apa yang saya nak tulis isi utama sudahpun dihuaikan dengan baik dalam gambar. Kredit kepada empunya gambar.
Untuk anak lelaki, tetapkan sifat-sifat kepimpinan seperti melatihnya memimpin adik beadiknya yang lain terutamanya anak lelaki yang sulung. Anak lelaki nanti bakal menjadi pemimpin, tidak pemimpin besar pun, pemimpin keluarga nanti.
jom ringan-ringankan tulang |
Pupuk dengan kerja sukarelawan. Latih mereka menjadi 'ringan tulang'. Bila ibu bapa dah tua nanti, kepada anak juga la tempat minta tolong. Kalau anak memang pemalas dari kecil sebab tak latih menjadi ajin..Susah la nanti..Fikir-fikirkan..
Untuk anak perempuan pula, ajar anak untuk tutup aurat. Sebagai perempuan muslimah, itu perkara penting. Bawak anak buat kerja rumah sekali dan biasa kan dengan kerja-kerja seperti cuci pinggan, kemas rumah, tolong mak masak ke. Tolong mak masak, lama-lama reti masak. Dah lengkap dah jadi wanita pilihan jejaka (ecewah).
Nak ajar atau didik anak-anak biar lah dari kecil , 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Peribahasa lagi.. Peribahasa ini saya tahu masa zaman sekolah rendah dulu-dulu. Nak buat ayat karangan Bahasa Melayu pun femes pakai peribahasa ni. Yelah, letak peribahasa, tambahlah markah kan.
Ceh, macam dah ada anak aje saya ni..Ni ilmu yang akan digunakan untuk didik anak-anak nanti.
No comments:
Post a Comment