Entri ni pasal raya, iaitu amalan sunat di hari raya. Sedikit-sebanyak dapatlah dikongsikan sedikit..
- Mandi Sunat Hari Raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri,bersugi dan memakai wangi-wangian.
- Pakai baju cantik-cantik atau memakai pakaian terbaik yang ada
- Makan sebelum solat sunat Hari Raya (Aidilfitri), manakala makan selepas solat sunat Hari Raya (Aidiladha). Yang ni yang selalu orang keliru. Ini bukan wajib sebab ianya sunat. Buat dapat pahala tak buat tak dapat apa-apa.
- Memperbanyakkan Takbir.
- Solat sunat Hari Raya di tempat yang luas.
- Solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit waktunya bagi memberi ruang kepada sesiapa yang belum bayar zakat.
- Solat sunat Aidiladha dipercepatkan. Ini berbeza dengan Aidilfitri yang solatnya dilewatkan.
- Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim. Kat Malaysia ni dipanggil beraya. Selagi bulan Syawal belum habis,selagi tu lah ramai masih beraya. Rumah terbuka pun dah hujung-hujung bulan raya masih diadakan lagi kan?
No comments:
Post a Comment