Paparan

SPONSORED

Monday, August 27, 2012

Kisah Aidlifitriku yang ...

Salam buat pembaca dan pengunjung.

Kali ini nak cerita kisah Aidilfitriku mengikut tajuk entri blog kali ini.

Aidilfitri 2012Masihi/ 1433Hijrah.

Banyak kisah yang boleh diceritakan dalam entri ini, tapi saya mahu cerita pasal Aidilfitri yang tidak seberapa gembira.

Aidilfitri tahun ini ku sambut tanpa atok dan nenek dari kedua-dua belah mak dan bapa. Maksudnya saya sudah tiada atok dan nenek lagi. Aidilfitri kali ini lah pertama kali tanpa atok dan nenek. Nenek meninggal dunia 2 tahun lepas. Kemudiannya atok pula pergi menemui Ilahi setahun kemudian, iaitu tahun lepas. Mereka berdua pergi begitu cepat. Sekarang, sudah tiada lagi atok dan nenek dari belah mak dan ayah.

Untuk makluman, atok diatas ialah belah bapa manakala nenek ialah belah emak. Kebiasaannya, tentunya akan pulang berhari raya di kampung untuk menjenguk atok dan nenek. Usia ku makin meningkat dan kini dewasa, mereka pun pergi meninggalkan kami. Kami dapa melawat dan melihat rumah peninggalan serta pusara mereka.

Raya kali ini tidak pulang ke kampung. Kami melawat sanak saudara yang ramai itu. Saya bersyukur kerana kami masih bersatu dan berkumpul bila saat Aidilfitri sama seperti saat semasa atok dan nenek masih ada.

Pada Raya ke-4,setelah puas bergelak sakan dan ceria di rumah sepupuku dan makcik2 ku di Jb dan Kluang, kami dikejutkan dengan berita buruk ketika kami baru selesai solat di masjid semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Batu Pahat.

Kami terkejut mendengar berita bahawa salah seorang makcik ku telah kembali ke Rahmatullah..Segala perancangan untuk menyambut sedara mara dari Kluang ditunda serta merta.Pada waktu itu, kami sedang bergegas pulang ke rumah untuk menyambut kedatangan mereke dari Kluang tempat kami beraya sebelum itu. Oh, patutlah beliau tiada semasa Raya, rupanya sakit.

Jenazah dikebumikan sebelum Zohor keesokan harinya. Hari telah pun malam, mujurlah rumah kami ke Pontian tak jauh. Kami bertolak ke pontian untuk beri penghormatan terakhir sesudah subuh.

Dua hari kemudian di raya ke-6, sepupu pula meninggal dunia. Sebelum ini pada tahun ini juga sepupu yang paling aku rapat pun telah pergi..

Kesimpulannya, Aidilfitri ku kali ini dengan kisah kematian. Ini mungkin mahu mengingak kan saya bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara. Jangan la kata kita ni muda lambat lagi mati. Buktinya sepupu ku yang sebaya telah pergi dahulu daripada ibu bapanya yang masih hidup. Pertingkatkan amalan selagi hayat di kandung badan.

Al-Fatihah buat mereka dan juga kepada sesiapa yang telah pergi..


No comments:

Post a Comment

SPONSORED