Paparan

SPONSORED

Monday, August 27, 2012

Budaya Pertanyaan Sepanjang Hidup

Salam.

Entri ini mengenai budaya-budaya masyarakat kita sepanjang zaman. Maksudnya, bila zaman ni, budaya orang kita pasal zaman tu.


Zaman sekolah, sering ditanya sekolah kat ner? Teringat dulu masa lepas darjah 6, ramai kawan yang tanya dapat sekolah mana.
Masa dapat keputusan UPSR/PMR dan SPM, mesti orang akan tanya dapat berapa A? Masa PMR lah paling bangga, keputusan PMR paling tinggi di kalangan sepupu sebaya.Yeahh..


Kemudian zaman Universiti. Lepas abis Diploma/Ijazah orang akan tanya 'mesti Dekan/Kelas pertama kan'. Stress betul lah. Kita ni takde la pandai sangat..




Zaman kerja, orang akan tanya 'kerja apa'. Yang kerja bagus pastinya berbangga. Kalau kerja biasa akan berasa rendah diri dan cover malu.
Pastu, orang akan tanya sama ada gaji besar ke tak. Bergaji besar akan menjadi pilihan bakal mertua.



Kerja dah dapat, orang kemudiannya akan tanya 'bila lagi nak nasi minyak nya?'. Hehe..malu la hehe...


Kemuian dah kahwin, 3 bulan kemudian orang dah tanya 'ada apa-apa berita ke?' Maksudnya pasal anak lah. Yang masih belum dapat anak selepas 2 tahun akan cover line. Macam-macam usaha untuk dapatkan zuriat.

Then, orang akan tanya 'anak dah berapa?'

Cycle ni akan berulang sampailah bila-bila dan tidak dapat dinafikan lagi.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED