Kali ini berminat nak update pos pasal Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE). Pasal apa? Sebab semenjak saya menamatkan zaman persekolahan, sering saya gunakan Lebuhraya ELITE ini untuk ke Sungai Petani di Kedah dan juga sekarang ni ke Shah Alam. Sebab apa saya ke dua tempat ni? Kedua-dua tempat ini adalah tempat saya menyambung pelajaran . Jadi, Lebuhraya ELITE lah yang menjadi kemestian untuk digunakan. SETUJU??
yang warna biru itu ELITE. Pintasan tidak masuk bandaraya KL |
Lebuhraya ELITE ini menjadi laluan penting kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk/dari utara- selatan kerana memintas kesesakan di Ibukota Kuala Lumpur. Senang cerita, ianya menjadi lencongan kepada pengguna/rakyat jelata yang dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia dan begitulah sebaliknya dari Selatan ke Utara tanpa perlu tempuh KL yang jem memanjang.
Panjang lebuhraya ini kira-kira 60 km dan dikenali dengan kod E6.
Bermula dari Persimpangan Shah Alam EXIT 601 sehingga ke Persimpangan Nilai Utara EXIT 612. Menjadi laluan popular untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar F1 Sepang.
KLIA |
Lebuhraya 6 lorong dang menghubungkan lebuhraya-lebuhraya utama seperti:
*Guthrie Corridor Expressway(GCE)
*New Klang Valley Expressway (NKVE)
*Shah Alam Expressway(KESAS)
*Damansara Puchong Expressway (LDP)
*South Klang Valley Expressway (SKVE)
*Putrajaya Link
*KLIA Expressway
*North-South Expressway (PLUS), laluan Selatan.
Mcm mna nak masuk dr utara. Kompius. Nak follow exit 601 ke
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan ke blog ini.
Deletehighway ini ada 2 pilihan jika mahu masuk dari utara.
1) guna lebuhraya Guthrie sampai ke shah alam, lepas tu masuk lebuhraya ni
2) guna lebuhraya baru lembah klang (NKVE) dan akan bertemu di exit 601 di Shah Alam untuk masuk lebuhraya Elite ini.
Saya caangkan tuan/puan guna pilihan kedua, kerana lebih mudah difahami dan murah sedikit berbanding guna lebuhraya Guthrie.
Saya harap info saya membantu. betolkan saya jika saya silap.
Wassalam