Paparan

SPONSORED

Monday, February 25, 2013

Waktu Malam Adalah Anugerah

Salam buat semua dan selamat malam.


1) WAKTU BERMUHASABAH
Luangkan sedikit masa dengan memikirkan semula segala yang telah berlaku pada siang hari. Pelajar cemerlang akan sentiasa melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah. Jika anda terus menjalani kehidupan tanpa muhasabah, bagaimanakah untuk memperbaiki diri?

2) KESEMPATAN BERISTIRAHAT
Peluang untuk mengambil masa berehat sebentar daripada terlalu tertumpu kepada pelajaran dan kerja. Mungkin dapat melaksanakan hobi, membaca majalah hiburan, bermain permainan komputer atau sekadar melepak menonton televisyen. Bersihkan minda daripada tekanan belajar. Jangan la pula habiskan sepanjang waktu malam dengan terus-menerus lepak dan beristirahat sahaja.



3) AMBIL PELUANG MENGULANG KAJI
Suasana malam yang lebih sunyi dan tenang membantu anda mengulang kaji pelajaran. Amatlah merugikan jika suasana kondusif pada waktu malam itu hanya dibazirkan dengan berehat-rehat. Sebelum memulakan ulang kaji, untuk menambahkan tumpuan, mungkin mematikan telefon bimbit, memastikan adik yang lebih kecil sudah masuk tidur dan mematikan suis televisyen. Ketenangan yang dihasil dapat membantu mencerahkan minda untuk menerima ilmu.




4) DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Untuk menjadi pelajar cemerlang, anda haus tidur dalam bilangan jam yang berpatutan. Waktu tidur adalah waktu untuk tubuh merehatkan diri, serta otak berhenti daripada berputar begitu ligat memikirkan tentang pelajaran dan rutin harian. Seperti enjin kereta, bayangkan betapa berbahayanya jika otak dibiarkan berputar tanpa henti selama 24 jam setiap hari.












5) BERIBADAH KEPADA TUHAN
Berdoa, berzikir dan bersembahyang pada waktu malam turut dapat membantu membina ketenangan hati, serta membersihkan minda supaya ilmu mudah dicurahkan ke dalamnya. Kadang-kadang ita terlalu tertumpu kepada duniawi, lalu lupa membina kekuatan rohani di dalam diri, tanpa menyedari kedua-duanya harus selari. Dikatakan diri insan akan terasa lebih dekat dengan tuhan ketika hening waktu malam, maka saat malam itulah waktu paling sesuai untuk anda meminta pertolongan daripada-Nya. Justeru, ambillah rahmat pada waktu malam dengan melakukan solat hajat serta berzikir dan beribadah kepada-Nya. Doalah meminta kejayaan .














p/s: diolah dari sumber pelbagai

No comments:

Post a Comment

SPONSORED