Paparan

SPONSORED

Wednesday, February 27, 2013

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Salam.

Kali ini berminat nak update pos pasal Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE). Pasal apa? Sebab semenjak saya menamatkan zaman persekolahan, sering saya gunakan Lebuhraya ELITE ini untuk ke Sungai Petani di Kedah dan juga sekarang ni ke Shah Alam. Sebab apa saya ke dua tempat ni? Kedua-dua tempat ini adalah tempat saya menyambung pelajaran . Jadi, Lebuhraya ELITE lah yang menjadi kemestian untuk digunakan. SETUJU??


yang warna biru itu ELITE. Pintasan tidak masuk bandaraya KL
Untuk sesiapa yang mencari info mengenai lebuhraya ini, di sinilah tempatnya kerana sukar untuk mencari info mengenainya.

Lebuhraya ELITE ini menjadi laluan penting kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk/dari utara- selatan kerana memintas kesesakan di Ibukota Kuala Lumpur. Senang cerita, ianya menjadi lencongan kepada pengguna/rakyat jelata yang dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia dan begitulah sebaliknya dari Selatan ke Utara tanpa perlu tempuh KL yang jem memanjang. 



Panjang lebuhraya ini kira-kira 60 km dan dikenali dengan kod E6.

Bermula dari Persimpangan Shah Alam EXIT 601 sehingga ke Persimpangan Nilai Utara EXIT 612.  Menjadi laluan popular untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar F1 Sepang. 

KLIA




Lebuhraya ELITE masih lagi dalam Rangkaian Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Sebab tu walaupun dah keluar PLUS kat Nilai dan masuk ke ELITE, tapi masih belum bayar tol kan.


Lebuhraya 6 lorong dang menghubungkan lebuhraya-lebuhraya utama seperti:
*Guthrie Corridor Expressway(GCE)
*New Klang Valley Expressway (NKVE)
*Shah Alam Expressway(KESAS)
*Damansara Puchong Expressway (LDP)
*South Klang Valley Expressway (SKVE)
*Putrajaya Link
*KLIA Expressway
*North-South Expressway (PLUS), laluan Selatan.

Monday, February 25, 2013

Waktu Malam Adalah Anugerah

Salam buat semua dan selamat malam.


1) WAKTU BERMUHASABAH
Luangkan sedikit masa dengan memikirkan semula segala yang telah berlaku pada siang hari. Pelajar cemerlang akan sentiasa melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah. Jika anda terus menjalani kehidupan tanpa muhasabah, bagaimanakah untuk memperbaiki diri?

2) KESEMPATAN BERISTIRAHAT
Peluang untuk mengambil masa berehat sebentar daripada terlalu tertumpu kepada pelajaran dan kerja. Mungkin dapat melaksanakan hobi, membaca majalah hiburan, bermain permainan komputer atau sekadar melepak menonton televisyen. Bersihkan minda daripada tekanan belajar. Jangan la pula habiskan sepanjang waktu malam dengan terus-menerus lepak dan beristirahat sahaja.



3) AMBIL PELUANG MENGULANG KAJI
Suasana malam yang lebih sunyi dan tenang membantu anda mengulang kaji pelajaran. Amatlah merugikan jika suasana kondusif pada waktu malam itu hanya dibazirkan dengan berehat-rehat. Sebelum memulakan ulang kaji, untuk menambahkan tumpuan, mungkin mematikan telefon bimbit, memastikan adik yang lebih kecil sudah masuk tidur dan mematikan suis televisyen. Ketenangan yang dihasil dapat membantu mencerahkan minda untuk menerima ilmu.




4) DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Untuk menjadi pelajar cemerlang, anda haus tidur dalam bilangan jam yang berpatutan. Waktu tidur adalah waktu untuk tubuh merehatkan diri, serta otak berhenti daripada berputar begitu ligat memikirkan tentang pelajaran dan rutin harian. Seperti enjin kereta, bayangkan betapa berbahayanya jika otak dibiarkan berputar tanpa henti selama 24 jam setiap hari.












5) BERIBADAH KEPADA TUHAN
Berdoa, berzikir dan bersembahyang pada waktu malam turut dapat membantu membina ketenangan hati, serta membersihkan minda supaya ilmu mudah dicurahkan ke dalamnya. Kadang-kadang ita terlalu tertumpu kepada duniawi, lalu lupa membina kekuatan rohani di dalam diri, tanpa menyedari kedua-duanya harus selari. Dikatakan diri insan akan terasa lebih dekat dengan tuhan ketika hening waktu malam, maka saat malam itulah waktu paling sesuai untuk anda meminta pertolongan daripada-Nya. Justeru, ambillah rahmat pada waktu malam dengan melakukan solat hajat serta berzikir dan beribadah kepada-Nya. Doalah meminta kejayaan .














p/s: diolah dari sumber pelbagai

Monday, February 11, 2013

5 Sebab Elak Makan di Meja Kerja

Salam  buat semua. Elakkan mekan di meja kerja.

sekadar hiasan

1) Tidak bersih
Meja kerja bukanlah tempat yang bersih untuk makan. Secara umumnya, tetikus komputer mengandungi lebih kurang 846 bakteria per inci, manakala papan kekunci pula mengandungi 719 bakteria. Bayangkan juga bakteria- bakteria serta habuk yang terdapat di sekitar anda makan seperti di bawah pelapik meja, kalendar, fail dan sebagainya.

2) Kurang gerakan
Berbanding makan di meja, anda boleh menggunakan waktu yang ada untuk berjalan ke kantin atau kafe. Berjalan sekurang-kurangnya memberi manfaat terhadap kesihatan anda. Nikmatilah anugerah anggota tubuh badan iaitu kaki, dan berjalanlah sekurang-kurangnya 10 ribu langkah setiap hari.

3) Kurang bersosial
Bila makan di meja kerja, waktu bersosial dengan rakan sepejabat juga semakin berkurang. Waktu makan lah waktu yang ada untuk bersosial dengan rakan sepejabat.Hubungan silaturahim dengan rakan-rakan dapat dieratkan.

4) Makan banyak
Memberi risiko tinggi untuk menambah kuantiti makanan yang diambil. Sama juga contohnya dengan makan sambil menonton televisyen. Ini kerana tumpuan yang diberikan ketika menyelesaikan kerja membuatkan anda lupa untuk memerhatikan makanan yang dimakan dan jumlah yang diambil. 

5) Otak tidak berehat
Apabila makan di restoran atau gerai, sebenarnya memberi peluang kepada otak untuk berehat dan menyegarkan diri. Berjalan-jalan sekitar 15 minit, otak anda akan mudah untuk berfikir dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja. Sekiranya terus berada di tempat kerja, otak anda tetap akan berfikir tentang tugas meskipun sedang makan.

Sumber: majalah mingguan wanita

SPONSORED