Paparan

SPONSORED

Sunday, April 13, 2014

Siaran Media Oleh SYABAS berkenaan Catuan Air



SIARAN SEGERA
11 APRIL 2014
(sumber laman web SYABAS)

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat masih diteruskan oleh pihak SYABAS mengikut jadual sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, SYABAS ingin memaklumkan bahawa perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Pelan catuan bekalan air ini dilaksanakan atas keputusan Kerajaan Negeri Selangor setelah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak SYABAS hanya diarahkan untuk melaksanakan pelan catuan ini sahaja.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk melaksanakan pelan catuan bekalan air ini bagi menghadapi kekurangan bekalan air mentah disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup. Pelan catuan bekalan air ini juga dilaksanakan ekoran paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates telah menurun ke paras yg kritikal.

Berhubung dengan kekeliruan yang masih wujud terhadap peranan SYABAS di dalam perlaksanaan pelan catuan bekalan air ini, adalah dimaklumkan bahawa keputusan untuk meneruskan atau melanjutkan tempoh pelan catuan bekalan air ini adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, memandangkan masih ramai pengguna yang cuba menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) bagi mendapatkan maklumat berkenaan kawasan yang terlibat dan juga jadual catuan namun panggilan tersebut tidak dapat menembusi PUSPEL, SYABAS dengan ini memohon kerjasama dari pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tersebut agar melayari laman web SYABAS www.syabas.com.my.

- tamat -

PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung  bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.





MAKLUMAT TAMBAHAN

1.      PELAN CATUAN BEKALAN AIR


Pelan Catuan
Punca Catuan
Kawasan Terlibat
Tarikh Mula
Tarikh Tamat
Peringkat Pertama
Penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi  kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat
Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
27 Feb. 2014
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
Peringkat Ketiga
Pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor (500 JLH) dan empangan Klang Gates (30 JLH) oleh Kerajaan Negeri Selangor disebabkan paras simpanan air mentah yang rendah di kedua-dua empangan.
Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor
10 Mac 2014
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
Peringkat Keempat
Jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor ditingkatkan sebanyak 500 JLH kepada kepada 1,000 JLH.
Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat,  Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang
4 April 2014
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN

No comments:

Post a Comment

SPONSORED